Bursa dibuka rendah, kesan penjualan peringkat global

March 16, 2023 · Isu semasa

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi pagi hari ini, menjejaki penurunan Wall Street semalaman di tengah-tengah penjualan global, kata seorang penganalisis.

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 9.41 mata kepada 1,394.52 daripada 1,403.93 penutup Rabu.

Indeks utama dibuka 3.11 mata lebih rendah pada 1,400.82.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 316 berbanding 63, manakala 188 kaunter tidak berubah, 1,700 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 241.88 juta unit bernilai RM125.21 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street terjejas oleh krisis perbankan yang merebak ke Eropah, dengan Credit Suisse Bank menjadi institusi kewangan terbaharu dilanda tekanan kecairan.

“Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 281 mata, manakala Nasdaq menambah enam mata apabila hasil 10 tahun AS berakhir lebih rendah pada 3.46 peratus.

“Di tanah air, FBM KLCI melantun semula semalam disebabkan pembelian berasaskan luas. Namun, kami menganggap ekuiti serantau menghadapi beberapa halangan hari ini kerana kebanyakan niaga hadapan utama didagangkan pada nota bercampur-campur pada masa penulisan,” katanya dipetik laporan Bernama.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi Bursa Malaysia Maybank susut empat sen kepada RM8.31, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing susut tiga sen kepada RM3.92 dan RM6.97, CIMB turun lapan sen kepada RM5.15 dan TNB susut. dua sen kepada RM9.40.

Antara saham aktif, Velesto Energy susut satu sen kepada 20.5 sen, Mestron Holdings dan Vinvest Capital turun setengah sen kepada 41 sen dan 22 sen, masing-masing, manakala Hong Seng Consolidated dan PUC tidak berubah, masing-masing pada 15 sen dan tiga sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengecil 71.34 mata kepada 10,190.03, Indeks FBM 70 susut 95.14 mata kepada 13,073.90, Indeks FBMT 100 susut 67.91 mata kepada 9,883.65, Indeks FBM Shariah 14.54 dan Emas Shariah 94. menyusut sebanyak 39.48 mata kepada 5,236.87.

Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 107.25 mata kepada 15,375.20, Indeks Tenaga susut 28.25 mata kepada 809.75, Indeks Perladangan susut 26.58 mata kepada 6,695.73, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.93 daripada 168.63.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok