Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan

January 26, 2023 · Isu semasa

Keputusan untuk membawa masuk pakar dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura dipertahan Nga Kor Ming walaupun menerima kritikan hebat.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan langkah untuk membawa masuk pakar Singapura tersebut tidak bermakna kerajaan mengenepikan peranan penjawat awam dan ia tidak wajar dipolitikkan.

“Tuduhan sesetengah pihak berkepentingan politik bahawa perkongsian pakar perumahan Singapura dibuat bagi mengisi kelemahan penjawat awam Malaysia adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Jelas sekali tuduhan ini adalah satu tindakan provokasi yang berbaur hasutan,” kata Nga dalam kenyataan hari ini.

Kor Ming sebaliknya berkata kemasukan pakar tersebut hanya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang perumahan dengan Malaysia.

“Sehubungan itu, niat untuk menjemput pakar-pakar dari negara luar termasuk Singapura dalam sesi seminar dan bengkel adalah bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam bidang perumahan agar Malaysia dapat bergerak ke hadapan dan relevan dengan perkembangan semasa,” katanya lagi.

Pemimpin DAP itu turut menjelaskan bahawa penglibatan Malaysia dengan HDB Singapura dimulakan sejak tahun 2015.

Pada 17 Jan lalu, Kor Ming dalam temu bual dengan Astro Awani mengumumkan bahawa kerajaan Singapura bersetuju membenarkan kontraktor HDB untuk “memasuki’ Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan bulan depan bagi berkongsi kepakaran mereka.

Susulan itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Faiz Na’aman mendakwa keputusan tersebut mengancam kedaulatan negara, manakala Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan pula memberi amaran bahawa nasib Bumiputera akan berisiko jika model HDB dilaksanakan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok