Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis

May 22, 2023 · Isu semasa

Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran ketat dengan cenderung untuk menurun berbanding dolar AS minggu depan kerana pelabur kekal berhati-hati memandangkan ketidaktentuan ekonomi global, kata seorang penganalisis.

Pada minggu lalu, nilai ringgit merosot ke paras terendah untuk tempoh enam bulan lalu dan dijangka tren menurun akan berterusan pada minggu ini.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit dijangka diniagakan antara 4.5250 dan 4.5450 pada minggu depan dalam keadaan dolar AS yang lebih tinggi yang disokong oleh data Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

“Data kukuh pada minggu ini telah meningkatkan kecenderungan untuk Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah pada bulan Jun,” katanya menurut laporan Bernama.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur akan memantau dengan teliti isu siling hutang AS kerana ia menghampiri tarikh akhir 1 Jun.

“Oleh itu, pelabur akan memerhatikan kenyataan seterusnya daripada Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen mengenai laporan terkini selanjutnya minggu depan.

“Pada paras semasa, ringgit agak hampir dengan paras rintangan 4.5491,” katanya.

Sementara itu, RHB Investment Bank Bhd dalam nota kajiannya pada Jumaat berkata sentimen terhadap ringgit kekal negatif.

Bank itu menyemak unjuran akhir suku kedua 2023 untuk mata wang ringgit pada 4.55 hingga 4.65 berbanding dolar AS.

“Tanpa sebarang perubahan ketara dalam panduan daripada Bank Negara Malaysia atau pengumuman pembaharuan fiskal yang substantif dalam beberapa bulan akan datang, dolar AS-ringgit boleh menguji semula paras bersejarah 4.748 menjelang suku ketiga 2023,” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit menyusut berbanding dolar AS kepada 4.5350/5405 berbanding 4.4765/4835 seminggu sebelumnya.

Sementara itu, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama dalam tempoh tujuh hari kecuali berbanding yen kerana ia meningkat kepada 3.2839/2881 daripada 3.3233/3290 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.6370/6438 daripada 5.6082/6169 seminggu sebelumnya dan turun berbanding euro kepada 4.8978/9037 daripada 4.8839/8915 sebelumnya.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 13.1862/2083 daripada 13.1658/1922 dan lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3715/3758 daripada 3.3552/3609 pada akhir minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.2 daripada 303.4/304.1 minggu lalu dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.14/8.16 berbanding 8.02/8.04 sebelumnya.

Berita berkaitan
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023· Isu semasa
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
June 1, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
18 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok