Zahid mohon pasport dikembalikan, kata PM beri mandat dalam urusan pentadbiran

January 26, 2023 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima permohonan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini bagi mendapatkan pasport antarabangsa miliknya secara kekal secepat mungkin, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pasport itu sebelum ini diserahkan dan berada dalam simpanan mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan, selepas beliau didakwa dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam peringkat bela diri.

Untuk rekod, Zahid dilantik menjadi TPM selepas menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zahid, beliau membuat permohonan itu dengan niat baik (bona fide) yang hanya bertujuan memohon kebenaran bagi pelepasan pasport antarabangsa supaya dapat menjalankan tugas rasmi.

Dalam afidavit sokongan menerusi permohonannya, untuk mengetepikan syarat jaminan jaminan tambahan difailkan 20 Januari lalu, Zahid berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada dokumen itu.

Menurut Zahid yang juga Presiden UMNO, beliau menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Anwar, untuk mewakilkan beliau (Anwar) dalam beberapa urusan pentadbiran negara.

Bagi melancarkan pergerakan dan urusan dalam menjalankan tugasan rasmi selaku Timbalan Perdana Menteri, Zahid berkata, beliau dikehendaki untuk berada di dalam dan luar negara yang memerlukan pasport itu berada dalam pegangan sendiri.

Malah, Zahid berkata, beliau memerlukan dokumen itu kerana ia salah satu syarat dalam proses permohonan bagi mendapatkan pasport diplomatik yang diperlukan dan akan digunakan bagi pergerakan rasmi keluar-masuk negara.

“Saya menyatakan bahawa permohonan ini sama sekali tidak bersifat niat jahat atau prejudis terhadap mana-mana pihak, kerana saya mengaku janji untuk tetap memberi kerjasama penuh dalam penyelesaian kes sehingga ke peringkat akhir pembelaan saya.

“Saya juga menyatakan bahawa permohonan ini sekali gus dapat mengurangkan jumlah permohonan pelepasan pasport sementara kepada pihak mahkamah untuk membenarkan saya ke luar negara bagi tujuan rasmi.

“Saya turut mengaku janji bahawa akan patuh kepada semua syarat yang ditetapkan mahkamah dan akan memberi kerjasama penuh untuk menghadiri kesemua tarikh perbicaraan yang sudah ditetapkan,” katanya menurut laporan BH.

Permohonan itu ditetapkan bagi pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Nurul Ain Hamzah yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob dan peguam, Nabihah Meor Azli mewakili Zahid.

Zahid menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kes itu yang kini berada di peringkat bela diri yang dijadualkan bersambung pada 10 April ini di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
18 jam lalu· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah
May 15, 2023
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok