Pembela bantah Kerajaan Madani tarik balik rayuan kes kalimah Allah

May 15, 2023 · Isu semasa

Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyifatkan keputusan kerajaan perpaduan menarik balik rayuannya terhadap penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam di negara ini sebagai tindakan biadab dan melampau.

Setiausaha Agung Pembela, Mohd Aswanizam Alias berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat tidak menghormati institusi-institusi yang lebih tinggi dari cabang eksekutif negara.

“PMX wajib arahkan Peguam Negara untuk menarik balik pembatalan rayuan Kes kalimah Allah ini.

“Kami Pembela mewakili lebih 70 gabungan NGO dan NGO Islam ingin menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan Kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX yang menarik balik rayuan terhadap kes kalimah Allah di mahkamah.

“Tindakan unilateral Kerajaan Madani tanpa merujuk dan berunding dengan pemegang-pemegang taruh utama berkenaan isu melibatkan Islam iaitu Majlis Raja-Raja, majlis-majlis agama islam negeri dan pihak-pihak berkepentingan Islam dalam tindakan tersebut adalah satu tindakan yang boleh dianggap melampau, tidak menghormati institusi-institusi yang lebih tinggi dari cabang eksekutif negara dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak baik dalam negara.

“Tindakan PMX dan Kerajaan Madani ini satu tindakan melampau terbesar dan biadab dalam era pemerintahan yang tidak mempedulikan hak dan kesucian agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan serta tidak menjaga kepentingan majoriti umat Islam di negara ini.” katanya.

Hari ini dilaporkan kerajaan tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah berkait hak seorang penganut Kristian dari Sarawak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi tujuan pembelajaran agamanya.

Pada 12 Mac 2021 Putrajaya memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam konteks agama.

Dalam pada itu, Pembela turut melahirakan kekesalan terhadap ahli-ahli Parlimen beragama Islam yang mrnyokong kerajaan Madani gagal memainkan peranan untuk membantah serta menghalang tindakan unilateral ini.

“Pembela menggesa ahli-ahli Parlimen Islam yang bermaruah di dalam kerajaan dan pembangkang untuk memberi tekanan wajar supaya tindakan unilateral yang tidak menghormati agama Islam, Perlembagaan dan institusi yang telah bersumpah dan dipertanggungjawabkan untuk memeliharanya pada semua masa, ditarik balik.

“Kegagalan untuk ahli-ahli Parlimen Islam untuk menggesa Anwar Ibrahim mengarahkan penarikan balik pembatalan rayuan itu harus dianggap sebagai kegagalan utama ahli-ahli Parlimen ini dalam mempertahankan agama negara.

Beliau turut memberitahu akan menggerakkan bantahan di peringkat NGO dan rakyat.

Berita berkaitan
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
50 minit lalu· Politik
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
6 jam lalu· Isu semasa
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
31 minit lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok