Petik lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ ciptaan PH, seorang penceramah kini disiasat Jakim

January 6, 2023 · Isu semasa

Seorang penceramah agama terkenal sedang disiasat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana memetik rangkap lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’ dalam satu ceramahnya di Selangor baru-baru ini.

Jakim dalam satu kenyataan mengesahkan sudah memulakan siasatan berhubung video ceramah tular daripada seorang kakitangannya kerana memetik rangkap lagu yang menjadi bahan kempen Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Jakim menerusi kenyataan di Facebook semalam berkata, pegawai berkenaan sudah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Katanya, Jakim juga sudah memulakan prosiding tatatertib terhadap pegawai berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan yang mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.

“Pihak pengurusan tertinggi Jakim sedar akan video tular ceramah yang disampaikan oleh seorang pegawai itu yang dilihat mengundang kemarahan netizen,” katanya.

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pegawai Jakim berjawatan Penolong Pengarah Kanan yang juga seorang penceramah mengutuk Kerajaan Perpaduan.

Ceramah berkenaan juga dipercayai dirakam di sebuah masjid di Selangor pada 2 Januari lalu yang mengandungi perihal lagu ‘Hoi, hoi ya hoi’.

Tindakan berkenaan mengundang ketidakpuasan hati netizen yang mengecam tindakan penceramah menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan mengutuk kerajaan.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
10 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok