Gaji minimum: Kesatuan kecewa Menteri DAP tak peka pekerja B40

December 27, 2022 · Isu semasa

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kecewa susulan keputusan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menangguhkan pelaksanaan dan penguatkuasaan gaji minimum (PGM) RM1,500 bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja sehingga 1 Julai 2023.

Presidennya, Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, pihak majikan telah diberi ruang dan peluang kira-kira selama lapan bulan untuk bersedia melaksanakan gaji minimum baharu itu.

“Bagi pihak MTUC, kita ingin melahirkan rasa dukacita atas penantian hampir lapan bulan untuk dilaksanakan pelaksanaan gaji minimum kepada pekerja terutama pekerja perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akhirnya tertangguh kali kedua.

“Apa yang mengecewakan adalah pekerja dalam sektor PKS ini kebanyakan golongan B40 yang mana sewajarnya pihak kerajaan perlu peka bagaimana untuk membantu mereka,” katanya kepada Buletin TV3 hari ini (27 Disember 2022).

Terdahulu, Menteri Sumber Manusia (DAP-Batu Gajah), V Sivakumar dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerajaan menangguhkan pelaksanaan itu bagi semua majikan yang menggajikan kurang lima pekerja dari 1 Januari depan kepada 1 Julai 2023.

Menurut Sivakumar, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira kesediaan majikan dan pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada tahun depan.

PGM 2022 mula berkuat kuasa sejak 1 Mei lalu dengan kadar gaji sebanyak RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih.

Melalui peraturan sebelum ini, semua majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, diberi pengecualian dan pelaksanaan PGM 2022 sebanyak RM1,500 sebulan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

Mengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, antara yang paling dikesali adalah keputusan penangguhan tersebut dibuat tanpa sebarang perbincangan dengan pihak pekerja, seolah-olah mereka tidak mempunyai kepentingan untuk menyuarakan pandangan kepada kerajaan.

Sementara itu, memetik Mkini pula, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kenyataan berasingan turut senada dengan MTUC dan menyifatkan kerajaan sebagai pengecut apabila bertindak sedemikian.

Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan, berkata keputusan tersebut jelas tidak boleh diterima kerana majikan telah diberikan tempoh yang cukup bagi melaksanakan PGM.

“Sebelum ini kumpulan pekerja telah dijanjikan gaji minimum pada Jan 2023 dan majikan diberi kelonggaran yang cukup supaya mereka boleh mematuhinya. Kini janji (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu B40 gagal,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok