Semua pihak perlu peka isu buli

December 15, 2021 · Isu semasa

‘Buli’ ialah perbuatan yang boleh mendatangkan trauma kepada manusia. Pemangsa buli biasanya mempunyai perwatakan negatif dan berasal daripada keluarga pincang.

Gejala buli amat ketara di sekolah rendah dan menengah. Pembuli biasanya akan melakukan buli fizikal atau buli mental atas mangsanya . Persoalannya, apakah kesan kesan buli dalam kalangan murid sekolah?

Satu kesan buli yang ketara ialah mangsa buli akan berasa tertekan dan malu. Hal ini kerana emosinya telah tercalar akibat perbuatan buli oleh pemangsa. Justeru, mangsa buli akan berasa takut bersemuka dengan pembuli mangsa buli mungkin akan tercicir daripada alam persekolahan.

Mangsa buli juga tidak akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Gejala ini berlaku akibat keyakinan dirinya telah diganggu oleh pemangsa buli .Oleh sebab itu, mangsa buli akan berasa rendah diri. Akibat ketiadaan keyakinan diri, mangsa buli akan mengalami kemurungan dan suka menyendiri. Senario ini adalah mengheret mangsa buli menyertai kongsi gelap untuk melindungi dirinya daripada kaki buli.

Seperkara lagi ,mangsa buli akan kerap tidak hadir ke sekolah. Justeru, ia akan kehilangan minat untuk belajar. Lebih parah lagi , prestasi pelajaran mangsa buli akan merosot secara mendadak .Jika ibu bapa tidak peka dengan simptom simptom perubahan tingkah laku anaknya, maka anaknya akan mula ponteng sekolah tanpa pengetahuan mereka.

Dalam pada itu, Pakar Psikologi, Universiti SEGi, Profesor Datin Dr. Mariani Md. Nor berkata, beliau tidak menolak kemungkinan ia berlaku disebabkan pengaruh budaya orientasi di sekolah atau institusi pengajian tinggi yang diamalkan oleh pelajar.

“Aktiviti orientasi tidak salah. Apa yang menjadi kesalahan adalah ada pelajar yang melaksanakannya secara bersendiri tanpa pengawasan guru atau warden, sekali gus menyebabkan mereka melakukan perbuatan yang mencederakan mangsa buli.

“Mereka mengherdik pelajar junior bagi memastikan para pelajar itu menghormati kumpulan senior selain mahu me­nunjukkan ‘kuasa’ atau ‘kekuatan’ masing-masing,” ujarnya.

Menurut Mariani, terdapat beberapa pihak yang menganggap buli sebagai amalan biasa yang dilakukan untuk mendewasakan atau menjadikan seseorang pelajar berjiwa kental.

“Ini yang menjadi masalah kerana banyak kes buli disembunyikan kerana ia dianggap bukan satu kejadian buli atau lebih buruk lagi, ada pihak-pihak yang mahu menjaga nama baik institusi terlibat,” tambahnya.

Menurut data Kementerian Kesihatan pada 2019, satu dalam enam remaja merupakan mang­sa kes buli dengan banyak kes berlaku dalam kalangan remaja tingkatan satu dan kemudiannya akan berkurangan apabila usia mereka meningkat.

Ini menunjukkan bahawa kes buli bagaikan satu kitaran yang mana ada mangsa buli dibuli di­sebabkan alasan yang tertentu.

Apabila mangsa semakin meningkat usia, mereka berkemungkinan membuli pula pelajar yang lain kerana mahu membalas dendam.

Ini diburukkan lagi de­ngan sikap ibu bapa yang tidak mengambil peduli mengenai hal anak-anak atau menunjukkan contoh yang tidak baik di rumah dengan mengasari serta memukul anak sehingga menyebabkan anak memberontak.

“Inilah sebabnya mengapa kes buli masih berlaku, kerana ia mempunyai kitaran yang melibatkan pelbagai pihak di sekeli­ling pelajar terbabit, termasuk ibu bapa dan guru.

“Justeru, ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dengan menunjukkan keperibadian yang baik agar anak-anak tidak membesar menjadi individu yang suka memberontak dan melepaskan kemarahan terhadap orang lain,” kata Mariani.

Tambah beliau, bagi pihak sekolah pula, mereka perlu meme­gang teguh kepada prinsip, misi dan visi sekolah bagi memastikan kegiatan seperti itu tidak berlaku.

“Sekiranya ada pelajar yang didapati membuli, tindakan tegas perlu diambil dan jangan sembunyikan kes seumpama itu supaya pelajar lain tidak berani untuk melakukan perkara yang sama pada masa akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Terdapat kes buli berlaku di Sekolah Menengah di Kuala Kangsar: Polis
November 4, 2023· Isu semasa
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Radzi jawab tuduhan Maszlee, nasihat korbankan perangai busuk hati
June 29, 2023· Politik
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini dibenarkan
February 8, 2022
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok