Jun 2023 pendengaran rayuan Rosmah bersabit hukuman penjara 10 tahun

December 19, 2022 · Isu semasa

Rayuan dikemukakan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar pada 22 dan 23 Jun tahun depan selepas Mahkamah Rayuan membuat ketetpaan hari ini.

Rosmah yang juga isteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang meringkuk dalam penjara membuat rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta, bagi kesalahan rasuah dikenakan sebelum ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tarikh perbicaraan itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Norkamilah Aziz, hari ini ketika pengurusan kes membabitkan Rosmah, 70, yang juga isteri bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Datuk Zaini Mazlan yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes dan membuat keputusan mengenai kes solar, akan turut didengar pada tarikh sama.

“Hujahan perlu difailkan pada atau sebelum 22 Mei 2023, manakala hujahan balas jika ada, perlu difailkan pada atau sebelum 7 Jun 2023.

“Perayu (Rosmah) akan menulis surat rasmi memohon Mahkamah Rayuan untuk menetapkan tarikh bicara rayuan lanjut, pada 12 hingga 14 Julai 2023.

“Permohonan tertakluk kepada persetujuan Mahkamah Rayuan. Tarikh pengurusan kes selanjutnya pada jam 3 petang, 3 Feb 2023 menerusi aplikasi Zoom untuk pihak-pihak mendapatkan keputusan permohonan perayu,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Rosmah, 70, diwakili peguam, Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader.

Isteri Najib itu yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lalu, mengemuka 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Mohamed Zaini itu berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan betul.

Pada 1 September lalu, hakim terbabit mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Rosmah juga diperintahkan supaya dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok