Mufti Perlis selar PBB gagal pertahan rakyat Palestin

May 13, 2021 · Isu semasa

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana kegagalan badan dunia itu mempertahankan penindasan terhadap rakyat Palestin yang sedang ditindas rejim Israel di bumi mereka sendiri.

Mufti Perlis itu berkata PBB sepatutnya menggunakan kuasa mereka untuk menyekat tindakan ketidakberperikemanusiaan Israel yang merampas dan membunuh mereka yang tidak bersalah di Palestin.

“Amat mendukacitakan apabila PBB gagal untuk mengeluarkan satu kenyataan dan tindakan yang lebih tegas.

“Tahniah kepada rakyat Palestin kerana mereka terus bersemangat dan tidak berganjak walaupun dizalimi serta mereka telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka tidak tunduk pada kezaliman dan kejahatan,” katanya lapor Bernama selepas solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat Perkarangan Istana Arau hari ini.

Pada Isnin, serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Dataran Istiadat, Perkarangan Istana Arau bersama rakyat kariah Arau dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco Perlis.

Mohd Asri berkata Perlis mempunyai hubungan yang baik dengan imam Masjid al-Aqsa dan Raja Muda pernah berkunjung ke masjid berkenaan bagi menyampaikan bantuan.

Berita berkaitan
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
MP Pasir gesa dedah negara ugut PM, tapi menteri kata tak elok namakan mereka
October 26, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok