Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul

December 8, 2022 · Isu semasa

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan belum dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung salah guna dana RM600 bilion.

Menerusi catatan di akaun Twitternya, Tengku Zafrul berkata beliau akan memberi kerjasama penuh jika dihubungi oleh pihak SPRM, menurut laporan Bernama.

“Tiada apa yang nak disorokkan. Setakat ini, SPRM belum menghubungi saya. Sekiranya dihubungi, saya akan beri kerjasama penuh,” katanya.

Beberapa media tempatan melaporkan bahawa SPRM akan memanggil bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Tengku Zafrul untuk memberi keterangan mengenai salah guna dana RM600 bilion itu.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 itu pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari pada 15 Nov lepas.

Pada 6 Dis lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.

Pada hari sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Muhyiddin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini.

Sehari sebelum itu, Muhyiddin pada sidang media selepas menyampaikan ceramah Grand Finale PN sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai mahu Anwar menyiasat isu berkaitan dana itu dengan betul dan mendapatkan data sebenar sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok