1,866 kes baharu, enam kematian

December 4, 2022 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 3 Disember 2022), turun kepada 1,866 kes berbanding 2,421 yang direkodkan pada Jumaat.

Jumlah itu termasuk enam kes import, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini tengah malam tadi.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,998,830 kes, dengan 4,939,021 pesakit telah sembuh, termasuk 2,814 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,284 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 389 kes (penerima dua dos); 181 kes (individu tidak divaksinasi); dan 12 kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW menunjukkan sehingga semalam 23,099 kes masih aktif, turun berbanding 24,053 yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 21,422 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (22,258 pesakit pada Jumaat); dan 1,575 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,698 pada Jumaat.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 102 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, meningkat berbanding 97 pada Jumaat, dengan 69 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (62 pada Jumaat).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 634 (1,535,219)
  • Kuala Lumpur – 186 (463,791)
  • Sabah – 126 (405,292)
  • Johor – 33 (397,107)
  • Sarawak – 176 (321,227)
  • Kedah – 80 (316,340)
  • Pulau Pinang – 103 (305,106)
  • Kelantan – 48 (258,912)
  • Perak – 94 (237,243)
  • Negeri Sembilan – 74 (229,496)
  • Pahang – 61 (181,567)
  • Melaka – 129 (142,351)
  • Terengganu – 23 (132,220)
  • Putrajaya – 63 (31,404)
  • Labuan – 23 (22,765)
  • Perlis – 13 (18,830).

Sementara itu, seramai enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID).

Dua daripada kes kematian itu dilaporkan di Selangor, dan masing-masing satu di Perak, Perlis, Terengganu dan Kuala Lumpur (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,710 kes, termasuk 7,814 kes BID.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok