Waspada! Amaran cuaca buruk sehingga malam ini

November 13, 2022 · Isu semasa

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara sehingga jam 7 malam ini.

Amaran cuaca buruk yang dikeluarkan jam 3.55 petang tadi itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Kuala Lumpur dilaporkan seluruh kawasan bakal dilanda cuaca buruk.

Sementara MetMalaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Perak membabitkan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Manakala bagi Pahang, kawasan diramal dilanda ribut melibatkan Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin manakala di Selangor membabitkan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Sibu, Selangau, Mukah, Tanjung Manis dan Daro manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu.

Menurut MetMalaysia, Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Berita berkaitan
Hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Jumaat: MetMalaysia
November 21, 2023· Isu semasa
11 Nov hingga Mac tahun depan tempoh Monsun Timur Laut, siap sedia banjir
November 7, 2023· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
October 19, 2023· Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok