Harga minyak perkukuh ringgit berbanding dolar AS

May 10, 2021 · Isu semasa

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, berikutan kebimbangan domestik mengenai kes Covid-19 yang meningkat dan terus mempengaruhi mata wang tempatan.

Bernama melaporkan pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1050/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1140 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Agensi berita nasional itu memetik rakan pengurusan global SPI Asset Management ,Stephen Innes sebagai berkata momentum ringgit memberi laluan selepas dibuka pada kedudukan yang lebih baik hari ini berikutan peniaga berhati-hati berdasarkan kenaikan kes Covid-19 dan bimbang mengenai prospek ekonomi domestik.

Kes Covid-19 baharu di Malaysia terus melepasi paras 3,000 dengan 3,807 kes dicatatkan sejak 24 jam yang lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 444,484 kes hari ini.

Bagaimanapun, katanya ringgit disokong oleh harga minyak yang kukuh dengan penanda aras minyak mentah Brent kini diniagakan pada AS$68 setong.

“Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS terus kekal kukuh berikutan kebimbangan mengenai inflasi dan telah memberi sokongan kepada dolar AS menjelang laporan Indeks Harga Pengguna AS pada Rabu,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.7839/7922 daripada 5.7203/7267 pada Jumaat dan susut berbanding yen kepada 3.7740/7797 daripada 3.7662/7702 sebelum ini.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0979/1033 daripada 3.0870/0916 pada Jumaat dan merosot berbanding euro kepada 4.9925/0998 daripada 4.9632/9697.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok