GRS-BN umum 24 calon, Beluran masih tergantung

November 2, 2022 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan calon bagi 24 Parlimen untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November ini, lapor BH.

Namun satu lagi kerusi masih belum diputuskan melibatkan Parlimen Beluran yang disandang oleh Menteri Pertanian Indusrti dan Makanan, Datuk Seri Ronald Kaindee dari Bersatu.

Menurut Pengerusi GRS, Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, GRS bakal bertanding di 13 kerusi Parlimen sementara BN di 13 kerusi Parlimen.

Bagi GRS melibatkan Parlimen Kudat, Sipitang, Papar, Ranau, Beluran, Batu Sapi, dan Semporna menerusi wakil Bersatu, diikuti wakil Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu, Tuaran dan Kota Kinabalu; Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Keningau dan Penampang; serta Parti Maju Sabah (SAPP) di Tawau.

Sementara BN bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud, Sepanggar, Putatan, Kimanis, Beaufort, Tenom, Kinabatangan, Libaran, Lahad Datu dan Kalabakan menerusi wakil UMNO serta Pensiangan yang diwakili Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah terus mempertahankan Parlimen Kinabatangan, sementara Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin di kerusi Kimanis dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup di Pensiangan.

Bagi GRS-BERSATU pula, daripada enam kerusi disandang parti itu hanya satu penyandangnya dikekalkan setakat ini iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin di kerusi Parlimen Ranau.

Penyandang yang digugurkan ialah Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahim Bakri (Kudat), Datuk Zakaria Edris (Libaran) dan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Yamani Hafez Musa (Sipitang).

Kerusi Beaufort dan Libaran diserah kepada BN manakala calon di Kudat dan Sipitang ditukar kepada muka baharu iaitu Penyelaras GRS Kudat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Ruddy Awah dan Datuk Matbali Musah.

Seorang lagi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Presiden STAR penyandang Parlimen Keningau mempertahankan kerusi berkenaan atas tiket GRS.

Spekulasi sebelum ini mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berpindah dari Kota Marudu ke Parlimen Tuaran tidak menjadi kenyataan apabila beliau diumum mempertahankan kerusi Parlimen Kota Marudu yang disandangnya sejak 1995.

Sebaliknya, Tuaran ditandingi Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sabah, Datuk Joniston Bangkuai mewakili GRS untuk menawan kerusi itu yang kini disandang Pakatan Harapan (PH) melalui Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

BN pula menampilkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakub Khan di Parlimen Sepanggar serta Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Shahelmey Yahya di Parlimen Putatan.

Selain muka baharu, BN turut menampilkan semula Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan di Parlimen Kota Belud dalam usaha merampas kerusi berkenaan daripada Warisan yang akan dipertahan penyandangnya, Isnaraissah Munirah Majilis.

Turut ditampilkan BN ialah bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar yang dicalonkan di Parlimen Tenom untuk berdepan penyandang daripada PH-DAP, Noorita Sual dan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok