BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan

October 21, 2022 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September, menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata permintaan domestik terus mengukuh apabila kadar inflasi teras kembali mencecah paras tertinggi baharu pada 4 peratus tahun ke tahun pada September 2022 manakala harga teras masih meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan.

Bagaimanapun, inflasi keseluruhan merosot kepada 4.5 peratus tahun ke tahun manakala inflasi bukan makanan dan inflasi makanan, masing-masing susut kepada 3.3 peratus dan 6.8 peratus.

MIDF Research menjangka tekanan inflasi di Malaysia sederhana selepas Ogos 2022 terutamanya dengan pembetulan untuk harga komoditi global dan tekanan rantaian bekalan yang berkurangan di peringkat domestik dan serantau.

Ia menaikkan sedikit unjuran IHP keseluruhannya kepada 3 peratus untuk 2022.

“Dalam persekitaran harga komoditi global yang meningkat, tekanan inflasi di Malaysia terjejas oleh inflasi makanan yang tinggi.

“Kami menjangka harga makanan akan meningkat 5.5 peratus pada tahun ini, antara lain berikutan penyusutan ringgit berbanding dolar AS,” katanya, lapor Bernama.

Menjelang 2023, MIDF Research berkata faktor pendorong bekalan terhadap inflasi dijangka berkurangan, disokong oleh kenaikan ringgit berbanding dolar AS, harga makanan yang sederhana, kelonggaran dalam rantaian bekalan global dan harga komoditi yang rendah.

Bagaimanapun, prospek inflasi Malaysia kekal suram pada tahun depan, menantikan pendekatan kerajaan baharu mengenai mekanisme subsidi bahan api selepas pilihan raya umum.

“Jika kerajaan baharu mengekalkan status quo berhubung subsidi bahan api, inflasi keseluruhan akan berada antara 2.3 peratus dan 2.5 peratus pada 2023.

“Jika mekanisme subsidi dimansuhkan sepenuhnya, inflasi keseluruhan boleh mencecah 10 peratus manakala harga bahan api runcit domestik akan menyaksikan kenaikan empat hingga 5 peratus pada tahun depan,” katanya.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok