Kawasan Parlimen Mat Maslan dilanda banjir lagi

October 2, 2022 · Isu semasa

Ketika Datuk Seri Ahmad Maslan mendesak agar pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan, kini beberapa kawasan di Parlimen Pontian yang diwakilinya dilanda banjir.

Setiausaha Agung UMNO itu sebelum ini sangat bersemangat dengan memberi gesaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar segera membubarkan Parlimen dan sedia meredah banjir seperti yang dicadangkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berkempen pada PRU-15.

Media melaporkan kini, Pontian dan Kluang sudah dibuka dua pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran hujan lebat lebih dua pada 10 pagi sehingga menyebabkan beberapa kawasan dilanda bencana banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam kenyataan memaklumkan, setakat 4 petang ini, seramai 75 mangsa daripada 26 keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air berikutan banjir kilat.

“Seramai 46 mangsa daripada `13 keluarga dari Kampung Sri Gambut, Pontian ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang dibuka pada jam 10 pagi tadi.

“PPS SK Sri Kampung Renggam di Kluang pula dibuka pada jam 1 tengah hari tadi dan menempatkan 29 orang dari Kampung Tengah, Renggam,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBD agensi kerajaan termasuk Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang memantau keadaan dan akan memaklumkan keadaan dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok