Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM

September 30, 2022 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, telah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya menunggu arahan selanjutnya, yang akan diberikan oleh Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan seterusnya, menurut laporan Bernama.

“Dalam kes berkenaan, pada saya, kami (SPRM) telah selesaikan kertas siasatan dan ia (kertas siasatan) berada dengan SPRM…untuk arahan selanjutnya oleh AG.

“Seperti mana saya sebut dahulu, setakat ini saya juga belum dapat mengumumkan apa-apa arahan daripada AG. Buat masa ini, saya ‘reserve my comment’ dalam siasatan ini dan enggan mengulas lanjut,” beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara semalam.

Pada 21 Ogos lalu, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dilaporkan berkata, kertas siasatan kes membabitkan Mohd Nazlan tidak berada dengan AG.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Sementara itu, Azam berkata enam individu lagi termasuk pengarah syarikat, pengerusi pertubuhan, pegawai pentadbir syarikat dan setiausaha pertubuhan, dijangka dituduh di mahkamah berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Beliau berkata siasatan kes itu telah selesai dan sehingga kini sebanyak 33 kertas siasatan sudah dibuka, dengan lapan individu telah dituduh di mahkamah berhubung kes tersebut.

“Bagi yang belum dituduh kita jangka Jabatan Peguam Negara akan bersetuju untuk tuduh seramai enam orang lagi,” katanya.

Sementara itu Azam berkata pihaknya bersedia membantu parti politik membuat pemeriksaan dan saringan terhadap calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau berkata walaupun tiada undang-undang atau dasar untuk memaksa agensi itu membuat saringan terhadap calon PRU15, namun mereka akan cuba membantu parti politik berbuat demikian.

“Saya percaya jabatan lain juga sedang menjalankan tapisan yang diperlukan oleh parti politik. Jadi, dalam kes SPRM, kami bersedia untuk membuat pemeriksaan dari segi rasuah, jika perlu,” katanya.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok