Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin

September 27, 2022 · Politik

Pertemuan antara Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mencapai sebarang keputusan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin diberitahu semalam selepas pertemuan dengan Presiden PAS tersebut.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata Hadi memberikan penjelasan berhubung pertemuannya dengan Presiden UMNO yang dilaporkan media baru-baru ini dan mengesahkan sebelum ini terdapat perjumpaan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

“Tok Guru Hadi juga menjelaskan dalam pertemuan dia dengan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dia kata tak ada apa-apa keputusan dicapai.

“Dia jumpa, bincang setengah jam lepas itu tak ada apa-apa jadi,” kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hari ini.

Menurut Muhyiddin lagi, mereka tidak pernah menyembunyikan sebarang maklumat sekiranya terdapat perbincangan politik yang diadakan dengan parti politik lain.

“Dan kami pun kalau jumpa, saya jumpa siapa, kita lapor balik. Kita tak ada benda yang kita sorok,” katanya lagi.

Walaupun mengakui perpaduan ummah adalah penting, namun Muhyiddin menegaskan sebarang usaha ke arah kerjasama pasti tidak akan berhasil kerana sikap UMNO sendiri yang menolak keras sebarang usaha untuk bekerjasama, malah pendirian parti itu sendiri yang menolak Bersatu menyukarkan lagi usaha tersebut.

“Tok Guru Hadi kata nak mewujudkan perpaduan ummah ni kita setuju memang bagus tetapi dari segi realitinya saya jelaskan Bersatu tidak mungkin boleh bekerjasama dengan UMNO.

“Kerana UMNO sendiri telah membuat keputusan dalam Perhimpunan Agung tahun lalu untuk tidak menerima Bersatu ataupun tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sampai hari ni kekal,” ujarnya lagi.

Malahan, Bersatu sebelum ini sudah bersetuju untuk bersama dalam Muafakat Nasional (MN) tetapi malangnya sehingga hari ini tidak menerima jawapan daripada UMNO.

“(Sebelum ini) jemput kita untuk menjadi wakil ataupun jadi anggota dalam Muafakat Nasional, kita dah jawab bersetuju tapi tak jadi apa-apa.

“Jadi jelas terbukti bahawa UMNO langsung tidak mahu bekerjasama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga berkata PAS bakal membuat ketetapan muktamad pada masa terdekat ini berhubung isu kerjasama dengan UMNO.

“Saya diberi bayangan bahawa kemungkinan dalam tempoh terdekat akan buat satu keputusan muktamad tentang apakah hala tuju mereka ke hadapan dalam Perikatan Nasional dan sama ada ada apa-apa lagi apa usaha yang nak dibuat dengan pihak UMNO dan sebagainya… mereka akan buat satu keputusan,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
11 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Jika mahu jadi PM paling singkat, bubarlah Parlimen: Mahfuz
June 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok