Bank tidak rugi pun jika moratorium diberikan kepada PMKS, kata Muhyiddin

September 11, 2022 · Isu semasa

Cadangan pelaksanaan moratorium khas untuk sektor Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) diharapkan mendapat perhatian serius kerajaan, gesa Tan Sri Muhyidin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata sektor tersebut masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan sokongan daripada pihak kerajaan memandangkan ia berdepan beban hutang yang lebih tinggi serta memerlukan masa yang lama untuk pulih.

“Sektor ini masih belum pulih sepenuhnya dan ditambah dengan peningkatan kadar OPR, para pengusaha PMKS akan menanggung beban hutang yang lebih tinggi dan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

“Sektor PMKS penting kerana ia mewakili hampir 96 peratus kegiatan ekonomi negara. Ramai rakyat yang bergantung kepada sektor ini untuk bekerja dan mencari sumber pendapatan. Hampir 50% tenaga kerja di Malaysia bekerja dalam sektor ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Jelas Muhyiddin lagi, langkah pelaksanaan moratorium tersebut tidak akan merugikan pihak bank dan kerajaan digesa mencari jalan untuk duduk berbincang dengan pihak institusi kewangan tersebut bagi memperkenalkan moratorium khas kepada pemain industri PMKS.

“Sepertimana pelaksanaan moratorium sebelum ini, bank-bank di negara kita tidak mengalami kerugian pun.

“Jadi apalah salahnya kerajaan sekali lagi berbincang dengan institusi-institusi kewangan supaya memperkenalkan moratorium khas untuk PMKS,” katanya lagi.

Muhyiddin berharap pertimbangan serius diberikan kerajaan berhubung cadangannya tersebut.

“Saya harap cadangan ini diberikan perhatian serius oleh kerajaan,” ujarnya.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok