Polis sahkan Lan Pet Pet terbabit ‘pergaduhan’

May 5, 2021 · Isu semasa

Polis mengesahkan selebriti yang terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penunggang motosikal kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu adalah Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet.

Sehubungan itu, polis juga mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini penunggang motosikal terbabit masih belum membuat laporan polis.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah terkesan satu video yang tular di media sosial membabitkan kejadian pergaduhan seorang artis/pelawak. Video tersebut telah dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Dalam videoyang berdurasi lebih kurang 23 saat itu kelihatan artis tersebut sedang berselisih faham dengan seorang penunggang syarikat penghantar makanan.

“Kejadian berlaku di hadapan Kedutaan Russia dan dikatakan tercetus akibat selisih faham di jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video yang dipercayai selebriti pelawak, Lan Pet Pet sedang bergaduh dengan pengguna jalan raya lain tular di media sosial.

Video berdurasi 24 saat tersebut telah dimuat naik oleh pengguna Facebook, dan mendakwa Lan melakukan kekerasaan terhadap seorang penghantar makanan.

Dalam insiden itu, Lan memberi amaran kepada lelaki tersebut, dengan peringatan bahawa ‘dia bukan orang biasa’.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok