Akar umbi PAS mahu teruskan muafakat politik, tumbangkan PH

September 3, 2022 · Politik

Beberapa perwakilan PAS mahukan supaya prinsip penyatuan ummah menerusi permuafakatan politik terus diperkasakan untuk merampas kerusi dikuasai Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Perwakilan dari Selangor yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Noor Najhan Mohamad Salleh berkata kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) misalnya, berjaya memberi kelebihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sebelum ini apabila Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi itu dari PH, menurut Bernama.

Beliau berkata ia menunjukkan kerjasama antara UMNO dan PAS yang diperkukuh mempengaruhi corak dan keputusan pengundian dalam PRK itu.

“PAS Selangor yakin dan percaya, PAS akan merunding satu formula terbaik melalui konsep penyatuan ummah yang mampu merebahkan PH jika parti Melayu Islam bersatu, supaya kita boleh wujudkan perlawanan satu lawan satu,” katanya membahaskan ucapan dasar presiden di Muktamar Tahunan PAS ke-68 di sini hari ini.

Noor Najhan berkata formula yang sama boleh digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PH di Selangor pada PRU15.

Beliau berkata PAS perlu memainkan peranan untuk terus bangkit menjadi pendamai dan pencetus menyedarkan penyatuan ummah bersama parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya kekuatan politik Melayu-Islam diperteguhkan.

Senada dengan Noor Najhan, perwakilan dari Pulau Pinang Omar Hassan berkata PAS perlu meneruskan serta memantapkan perhubungan antara PAS, Umno dan Bersatu untuk menentukan semasa PRU15 nanti kesemua parti itu hanya bertembung satu lawan satu.

“…dan musuh utama kita adalah DAP dan sekutunya. Namun untuk mencapai kemajuan kejayaan itu bukan suatu perkara mudah, justeru kita hendaklah melipatgandakan usaha dan memperbanyakan program bagi menentukan kemenangan berada di pihak kita,” katanya.

Semalam, Dewan Ulama PAS Pusat meluluskan usul berkaitan agenda penyatuan ummah melalui kerjasama dengan UMNO serta Bersatu, dan menolak kerjasama dengan PH pada PRU15.

Berita berkaitan
Perbahasan Bajet 2024 tergendala selepas kurang Ahli Parlimen dalam dewan
October 19, 2023· Politik
Kawan-kawan PMX Maha Kaya bagi guna helikopter tak perlu subsidi: Muhyiddin
October 18, 2023· Politik
Kenaikan cukai SST: Guan Eng cadang kerajaan pertimbangan semula
October 18, 2023· Isu semasa
Skandal LCS, Speaker janji laporan projek dibahas di Parlimen
October 5, 2023· Politik
Popular
PAS kekal dalam PN, tiada keputusan terima syarat UMNO
October 8, 2022
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Ku Li namakan dirinya juga calon PM selain Zahid
April 2, 2021
Kekecohan di KLIA libatkan menteri cerminan kerajaan bercelaru: Tuan Ibrahim
July 7, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok