Kawan-kawan PMX Maha Kaya bagi guna helikopter tak perlu subsidi: Muhyiddin

October 18, 2023 · Politik

Golongan yang kaya dan berpendapatan tinggi tidak layak menerima subsidi kerana mereka sememangnya sudah berkemampuan, tetapi subsidi masih perlu diberi kepada rakyat bawahan.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyindir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mengkritik golongan elit dengan gelaran ‘Maha Kaya’ namun realitinya umum mengetahui kumpulan itu juga memberinya menggunakan helikopter dan pesawat sebelum ini.

“Tambun juga sering menyebut golongan maha kaya. Siapa golongan maha kaya ini? Adakah ia merujuk kepada konglomerat besar, pemain industri, atau kawan-kawan Tambun?

“Kalau kawan-kawan Tambun (Anwar) yang maha kaya itu pastilah mereka tidak layak menerima subsidi. Mereka boleh berikan Tambun menggunakan helikopter dan pesawat mewah, sudah tentulah mereka tidak memerlukan subsidi kerajaan,” katanya semasa perbahasan Bajet 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Muhyiddin juga meminta Anwar supaya memberikan tempoh masa pengagihan penjimatan subsidi yang akan diberikan kepada rakyat dan menggesanya supaya tidak memberi satu lagi harapan palsu kepada rakyat.

“Seperkara lagi, bilakah masanya hasil penjimatan subsidi hendak diagihkan kepada rakyat yang layak menerimanya? Adakah dalam masa setahun atau dua tahun lagi?

“Dalam keadaan mekanisme rasionalisasi subsidi masih belum diputuskan, ia tentunya akan mengambil masa yang agak lama. Saya tidak mahu Tambun memberikan satu lagi harapan palsu kepada rakyat,” katanya lagi.

Berhubung penarikan subsidi ayam dan telur, Muhyiddin berkata rakyat akan terkena tempias dengan langkah tersebut dan menyebabkan harga barang akan naik lagi selepas ini.

“Sementara itu, dengan langkah kerajaan menarik balik subsidi harga ayam dan telur melalui pengapungan harga mengikut pasaran, saya bertambah bimbang dengan nasib rakyat. Hasil penjimatan subsidi masih belum dapat dinikmati oleh mereka, subsidi yang sedang mereka nikmati pada masa ini pula ditarik balik.

“Menurut pandangan pakar-pakar ekonomi, penarikan semula subsidi terutama ketika harga minyak yang sedang tinggi akan menyebabkan kesan gandaan atau ripple effect (dengan izin) terhadap keseluruhan sektor ekonomi.

“Jadi, saya ingin bertanya kepada kerajaan. Adakah suatu kajian menyeluruh telah dibuat untuk menilai kesan pelaksanaan rasionalisasi subsidi kepada rakyat dan ekonomi negara?

“Jika ada, apakah dapatan kajian tersebut? Walaupun kita boleh bersetuju rasionalisasi subsidi dilaksanakan untuk memperkukuh kedudukan fiskal kerajaan, namun pelaksanaan langkah tersebut mesti dipastikan tidak menambah beban yang ditanggung oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Berhubung subsidi petrol pula, Muhyiddin berkata setakat ini kerajaan tidak memperincikan kaedah yang digunakan untuk menentukan dalam pemberian subsidi bersasar.

Misalnya, subsidi petrol. Bagaimana kerajaan hendak menentukan golongan pendapatan manakah yang masih dapat menikmati subsidi dan golongan mana yang tidak lagi menikmatinya apabila langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan?

“Adakah kerajaan akan menggunakan kategori kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20 sebagai asas penentuan atau terdapat formula baharu untuk menentukan siapa yang dapat dan siapa yang tidak dapat menikmati subsidi?

“Penentuan ini penting kerana tekanan kos sara hidup dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira kelas pendapatan.

“Misalnya, kumpulan isi rumah M40 yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur dengan bilangan anak yang ramai, beban kos sara hidup yang ditanggung oleh keluarga ini mungkin hampir sama dengan mereka daripada kumpulan B40.

“Apa akan jadi sekiranya kerajaan memutuskan bahawa kumpulan ini tidak lagi layak menikmati subsidi petrol?” katanya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
18 jam lalu · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok