Skandal LCS, Speaker janji laporan projek dibahas di Parlimen

October 5, 2023 · Politik

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau akan memastikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibahas di Parlimen.

Pakatan Harapan (PH) semasa kempen pilihan raya sebelum ini paling lantang membangkitkan berhubung skandal tersebut, bagaimanapun kurang bercakap mengenainya selepas membentuk kerajaan bersama dengan UMNO.

Beliau berkata PAC telah memberi komitmen untuk memantau perkembangan projek pembinaan LCS itu dan akan menyediakan laporan berkaitan perkara itu untuk dibentang di Parlimen, lapor Bernama.

Johari berkata beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, Perak hari ini dengan diiringi Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Naib Pengerusi PAC Wong Shu Qi dan ahli lain jawatankuasa itu.

“Saya diberi taklimat perkembangan pembinaan Kapal Tempur Pesisir oleh Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Azhar Jumaat,” menurutnya dalam hantaran di media sosial X (Twitter).

Pada 21 Sept lepas, Mas Ermieyati berkata laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua-LCS adalah antara empat laporan yang akan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat yang dijadual bersidang bermula 9 Okt ini.

Katanya laporan itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok