Bekas guru pelatih liwat murid gagal dalam rayuan, dihukum penjara dan sebat

August 24, 2022 · Isu semasa

Seorang bekas guru pelatih terpaksa menjalani hukuman penjara enam tahun selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengetepikan sabitan atas kesalahan meliwat seorang murid tahun enam pada 2016.

Mohamad Harman Faiz Hassin, 30, yang dibebaskan dengan ikat jamin RM22,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya selesai, turut diperintah disebat dua kali, lapor Bernama.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara menolak rayuan Mohamad Harman terhadap sabitan kesalahan liwat yang dilakukan di sebuah bilik di asrama institut perguruan di Besut, Terengganu pada kira-kira 1 tengah hari, 17 Sept 2016.

Hakim berkata Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan yang betul berdasarkan bukti dan sabitan Mohamad Harman bagi kesalahan itu adalah selamat.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan rayuan Mohamad Harman supaya hukuman penjaranya dikurangkan daripada 10 tahun kepada enam tahun.

Dalam keputusan mahkamah, hakim itu berkata mahkamah bersetuju untuk mengurangkan hukuman penjara terhadap Mohamad Harman memandangkan perayu (Mohamad Harman) masih muda ketika melakukan kesalahan itu dan juga adalah pesalah pertama.

Kamaludin berkata penjara enam tahun itu juga akan mengambil kira tempoh Mohamad Harman menjalani hukumam penjara sebelum dia diberi jaminan oleh Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuannya diselesaikan.

Panel hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan, turut mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen supaya Mohamad Harman menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

Pada 5 Mac 2019, Mahkamah Sesyen mendapati Mohamad Harman bersalah atas tuduhan meliwat murid lelaki berusia 12 tahun ketika itu dan menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan.

Dia gagal dalam rayuannya terhadap sabitan di Mahkamah Tinggi namun hukumannya dikurangkan kepada 10 tahun penjara dan dua sebatan. Dia kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Peguam Datuk Jasbeer Singh Kaura yang mewakili Mohamad Harman memberitahu media bahawa anak guamnya pernah menjalani hukuman penjara kira-kira tiga setengah bulan sebelum ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok