RM20.936 bilion disalur bagi Program Subsidi Upah: Zafrul

August 18, 2022 · Isu semasa

Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM20.936 bilion kepada 357,929 majikan melalui Program Subsidi Upah (PSU) untuk mengekalkan penggajian seramai 2.96 juta pekerja tempatan setakat 29 Julai, 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu untuk mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan pekerja warganegara Malaysia, lapor Bernama.

Katanya di bawah PSU 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan permohonan subsidi upah yang diluluskan mencecah nilai RM12.958 bilion, setakat 29 Julai lepas.

Bagi PSU 2.0, katanya sejumlah RM1.408 bilion telah disalurkan kepada 81,165 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 719,185 pekerja.

“Di bawah PSU 3.0 setakat tempoh sama, sebanyak RM3.776 bilion telah disalurkan kepada 162,317 majikan untuk mengekalkan penggajian 1.53 juta pekerja.

“Malah, PSU 3.0 turut ditambah baik dengan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dan PEMERKASA Tambahan,” katanya dalam Laporan Kewangan Rakyat Ke-107 yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata di bawah PSU 4.0 dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sebanyak RM2.577 bilion telah disalurkan kepada 163,970 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 1.92 juta pekerja setakat 29 Julai, 2022.

Katanya bagi PSU 5.0, sebanyak RM216.719 juta telah disalurkan kepada 8,014 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 122,437 pekerja.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata seramai 40,095 personel telah berjaya ditempatkan di sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui inisiatif Program Kerja Jangka Pendek Malaysia (MySTEP) setakat 5 Ogos 2022.

Daripada jumlah tersebut, katanya seramai 20,773 orang personel peserta telah ditempatkan di sektor awam manakala 119,322 orang personel peserta di GLC dan rakan-rakan strategik mereka.

Bagi memastikan tempat untuk anak muda Orang Kurang Upaya (OKU) menceburi bidang pekerjaan, Tengku Zafrul berkata kerajaan juga telah menyediakan kuota khas sebanyak satu peratus peluang penempatan untuk program MySTEP kepada golongan berkenaan.

“Kerajaan amat menggalakkan agar warga OKU turut mengambil kesempatan ini dan memohon penyertaan melalui Portal MySTEP,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
AP kereta perlu kekal untuk sokong industri tempatan: Tengku Zafrul
October 19, 2023· Isu semasa
Pelaburan pada 2022 sejumlah RM264.6 bilion, bakal wujudkan 140,370 pekerjaan baharu
March 8, 2023· Isu semasa
Terima kasih Kuala Selangor, kata Tengku Zafrul
November 20, 2022· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok