Terima kasih Kuala Selangor, kata Tengku Zafrul

November 20, 2022 · Politik

MESKI tewas dalam penyertaan pilihan raya pertamanya, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akui pengalaman itu satu penghormatan buat dirinya.

Beliau yang juga Bendahari UMNO Selangor memperoleh 30,031 undi sempat berterima kasih kepada pengundi, jentera dan penyokong parti yang membantunya pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Terima kasih kepada semua pengundi Kuala Selangor. Terima kasih juga kepada semua jentera dan penyokong BN.

“Satu penghormatan dapat mengenali dan bekerjasama dengan anda semua. You are the best! Insya-Allah jika ada rezeki, kita jumpa lagi,” katanya dalam kemas kini status di Facebooknya, hari ini.

Tengku Zafrul tewas kepada penyandang kawasan itu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang memperoleh majoriti 1,002 undi dengan jumlah 31,033 undi.

Pada PRU-14, Dr Dzulkefly yang juga bekas menteri kesihatan itu menang dengan majoriti 8,498 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Noor Mohd Sahar memperoleh 23,639 undi, manakala calon Pejuang, Mohd Shaid Rosli ketinggalan dengan 1,778 undi.

Berita berkaitan
AP kereta perlu kekal untuk sokong industri tempatan: Tengku Zafrul
October 19, 2023· Isu semasa
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Popular
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok