Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati

August 18, 2022 · Politik

Pendedahan dalam skandal terbaharu melibatkan pasukan keselamatan negara secara tidak langsung menunjukkan UMNO selama ini melayan tentera mengikut suka hati mereka tanpa memikirkan kepentingan negara.

Pakatan Harapan (PH) membidas UMNO yang disifatkan tidak bertimbang rasa apabila sanggup mengenepikan kepentingan negara, ia ekoran pendedahan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang seolah-olah menunjukkan UMNO melayan tentera secara ‘take it or leave it’.

Menurut PH, pendedahan laporan PAC melibatkan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengarah reka bentuk kapal tempur pesisir (LCS) ditukar daripada Sigma yang diperlukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada Gowind yang dicadang pembekal Perancis adalah contoh jelas tragedi ‘take it or leave it’ yang berlaku.

“Dengan terdedahnya apa yang berlaku kepada LCS, kami yakin pihak yang paling sedih dengan skandal ini adalah penggunanya iaitu warga TLDM sendiri di samping rakyat negara ini.

“Kami kesal sikap kepimpinan UMNO sebelum ini yang melayan tentera secara ‘take it or leave it’ apabila mereka memesan kelengkapan ketenteraan tanpa mengambil kira keperluan penggunanya iaitu anggota tentera kita,” kata gabungan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil; Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah, Khalid Samad.

Tambah kenyataan itu jika rakyat memberikan mandat semula kepada PH dalam pilihan raya umum akan datang, gabungan itu berjanji akan menyambung kembali siasatan yang dihentikan sebelum ini.

“Kita juga akan melaksanakan segala strategi yang dikemukakan melalui Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang telah dibentangkan sebelum ini.

“Kami akan memastikan tentera kita mendapat layanan terbaik dan warganya dibekalkan dengan kelengkapan yang sesuai dan terbaik bagi menjalankan tugas mereka untuk negara,” katanya lagi.

Kenyataan itu berkata, dalam KPP yang dibentang oleh Menteri Pertahanan ketika PH mentadbir kerajaan, TLDM mengharapkan mereka mempunyai LCS dilengkapi helikopter yang memiliki keupayaan peperangan anti-udara, anti-permukaan dan anti-kapal selam.

“LCS juga diharapkan dapat menggantikan kapal frigat dan korvet yang telah berusia,” kata kenyataan itu.

TLDM juga perlu dalam keadaan siap-siaga sepanjang masa untuk mendepani ancaman maritim termasuk daripada sudut kelengkapan dan keupayaan aset-asetnya.

“Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi lautan dan sentiasa terdedah kepada ancaman rompakan di laut, pelanunan, penculikan untuk tebusan, penyeludupan barang terlarang, pencerobohan migran dan kecurian hasil laut oleh nelayan asing.

“Dianggarkan kerajaan rugi hampir RM6 bilion setahun akibat kegiatan perikanan haram dan jenayah lain di domain maritim kita.

“TLDM berperanan penting menjaga keselamatan di kawasan lautan yang kaya dengan sumber semulajadi dan hidrokarbon yang juga penyumbang utama kepada pendapatan negara,” katanya.

Semalam Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) mendapati, tadbir urus Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam menguruskan kontrak pembekalan LCS adalah lemah dengan sebahagian klausa kontrak tidak mengambil kira kepentingan kerajaan.

JKSTUPKK menerusi laporan siasatan yang dinyahklasifikasikan, mendedahkan tadbir urus itu juga tidak mengambil kira peraturan dan prosedur yang sedang berkuat kuasa.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok