Pengundi sudah matang: Hamzah

October 17, 2022 · Politik

Pemilih yang akan membuat undian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi kini lebih matang membuat keputusan dengan memilih sebuah kerajaan yang berintegriti dan prihatin rakyat.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau melihat sudah berlaku perubahan dan peningkatan pemikiran rakyat berhubung siapa yang mereka hendak pilih menjadi kerajaan.

“Kita semua kena bersedia menentukan landskap politik sesuatu melambangkan kematangan pengundi dalam negara. Jadi kali ini sudah ada peningkatan pemikiran rakyat terhadap sesiapa mereka mahukan.

“Pengundi pada PRU-15 dilihat lebih matang dalam menentukan masa depan mereka dengan memilih kerajaan yang berintegriti.

“Ia bukan hanya melambangkan warna parti itu, tapi melambangkan kepimpinan yang ada, negara kita perlukan pemimpin bertanggungjawab dan berintergriti.

“Kalau itu jadi salah satu kayu pengukur, saya rasakan pengundi bijak mengetahui demi kepentingan masa depan negara, tanggungjawab itu demi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pendaftaran Negara ke-74 tahun 2022 di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), di Putrajaya, hari ini (17 Oktober 2022).

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata parti politik boleh mengadakan aktiviti kempen seperti ceramah walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menetapkan tarikh-tarikh penting PRU-15.

Bbagaimanapun beliau mengingatkan parti politik mesti mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ceramah ini boleh berlaku bila-bila masa, cuma perlu mengikut SOP. Perhimpunan yang diadakan juga perlu mendapatkan permit daripada pihak polis.

“Negara ada undang-undang dan kita tahu bahawa rakyat sekarang ini sudah pun bijaksana,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
11 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok