Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut

August 8, 2022 · Isu semasa

Seorang saksi perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, mengaku di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa antara sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah bernama G. Gnanaraja adalah kerana diugut akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berhubung penglibatannya dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.

Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 52, berkata beliau menerima ugutan daripada Gnanaraja, melalui mesej Whatsapp yang mengandungi nama dan nombor pengenalan Zarul, lapor Bernama.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela, Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ugutan itu apabila ditahan oleh suruhanjaya itu selama 11 hari pada Januari 2018.

“Siasatan terhadap Gnanaraja bermula selepas saya dibebaskan daripada tahanan SPRM. Saya disoal oleh badan pencegah rasuah tentang laporan yang saya buat terhadapnya.

“Bagaimanapun, saya tidak ditunjukkan mesej WhatsApp yang dicetak daripada perbualan semasa siasatan. Mereka (SPRM) hanya menunjukkan kepada saya mesej (WhatsApp) terus daripada telefon Gnanaraja,” katanya.

Zarul juga bersetuju dengan cadangan Gobind, bahawa CZCSB akan terjejas jika prosiding AMLA terhadapnya diteruskan.

Terdahulu, Gobind dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, bertelagah mengenai salinan kenyataan Gnanaraja yang direkodkan oleh SPRM semasa siasatan.

Gobind meminta pihak pendakwaan mengesahkan sama ada mesej WhatsApp antara Zarul dan Gnanaraja telah dikurangkan kepada satu kenyataan dan Wan Shaharuddin menjawab bahawa bukan beban pihak pendakwaan untuk membantu pihak pembelaan dalam perkara tersebut.

Peguam itu seterusnya berkata pihak pendakwaan juga masih belum menjawab permohonan mereka untuk mendapatkan salinan mesej WhatsApp Gnanaraja yang mereka mohon minggu lepas.

Wan Shaharuddin menjawab beliau masih berusaha mendapatkannya daripada pegawai penyiasat lain dan akan mengesahkannya esok.

Guan Eng, 61, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.

Guan Eng dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu juga didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu daripada Zarul Ahmad, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.

Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Guan Eng juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Johor mungkin kembali cuti Sabtu, Ahad, Jumaat kerja separuh hari
June 21, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok