Hamid kena bersuara lebih awal bukan ketika hendak bersara: Bekas KPN

May 2, 2021 · Isu semasa

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador sewajarnya menyuarakan sebarang perkara yang ‘tidak kena’ dalam perkhidmatan polis semasa beliau masih memegang jawatan, bukan melakukannya ketika di saat akhir persaraan.

Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berkata, mengambil contoh dirinya, ketika masih memegang jawatan, beliau akan mengambil langkah awal sekiranya ada perkara yang tidak betul berlaku dalam pengurusan yang diterajuinya ketika itu.

“Bagi saya kalau kita dari dulu rasa ada tak betul kena suarakan lah daripada awal, kalau saya dulu saya suarakan daripada awal, kalau tak betul saya cakap terus terang tak betul, kita dalam mesyuarat kenalah berterus terang,” katanya kepada Agenda Daily.

Jelasnya lagi, sebarang rasa tidak puas hati boleh dibawa ke meja rundingan dan sebarang pertikaian perlu dibincang secara diplomasi bagi mengelak sesuatu isu tersebut diperbesarkan sehingga menjejaskan imej pasukan polis itu sendiri.

“Bagi saya kalau kita tak puas hati, kita kena cakap dari awal-awal, dalam mesyuarat kita boleh cakap, kita mesyuarat bersama.

“Keputusan perlu dibuat bersama, mana boleh tak setuju, lepas itu kita boleh kata orang campur tangan tak bolehlah, itu keputusan ramai, cakaplah terus terang sebab kita dekat situ, dalam mesyuarat itu kan,” katanya.

Dalam pada itu menyentuh mengenai kritikan Hamid secara terbuka terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang didakwa campur tangan dalam urusan menentukan kedudukan serta pelantikan dan pertukaran polis, Musa menyangkal dakwaan berkenaan.

“Itu kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bukan kuasa menteri, menteri tiada kuasa, SPP ahlinya 9 orang bukan menteri seorang boleh putuskan.

“Selama ini semua kenaikan pangkat pegawai polis semua adalah SPP punya kuasa, selama inilah daripada dahulu lagi, jadi maknanya di sini bahawa semua kenaikan pangkat, pertukaran, atau tindakan disiplin terhadap pegawai kanan polis semua kena melalui keputusan perbincangan dengan SPP,” tegasnya.

Terdahulu tular audio di media sosial berhubung percakapan Hamzah mengenai permintaannya dalam isu pelantikan dan pertukaran polis.

Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor itu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membangkitkan kedudukannya sebagai pengerusi SPP yang menentukan tugasan pegawai polis.

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir turut senada dengan kenyataan Musa berhubung isu kritikan Hamid pada Jumaat baru-baru ini.

“Ia macam inilah bila kita ada kuasakan… kita jaga periuk nasi kita, kita ketika ada kuasa kenapa tak cakap begitu, tapi bila dah penghujung baru kita nak bercakap. Patutnya kita cakap lah masa kita tengah berkuasa itu kata dia campur tangan dia menyusahkan kita, kira baru lah berani.

“Ini dah penghujung cakap… memang semua orang boleh buat, dah hari-hari terakhir dah kita tahu tak kena tindakan apa-apa jadi bagi saya kalau dia betul-betul ikhlas buatlah semasa masih ketua, bukan lagi dua tiga jam nak habis (bersara),” katanya kepada Agenda Daily.

Berita berkaitan
2 jawatan tertinggi UMNO mungkin tak dipertandingkan: Penganalisis
January 1, 2023· Politik
Bekas KPN bantah jika kerajaan PH-BN berhasrat hapus SOSMA
December 27, 2022· Isu semasa
Tiada campur tangan dalam pengisian jawatan penting: Acryl
April 1, 2022· Isu semasa
Bekas KPN bidas pembangkang tolak usul SOSMA, ancam keselamatan negara
March 24, 2022· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
3 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok