Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS

August 7, 2022 · Isu semasa

Tiga pemimpin utama dalam UMNO kini paling takut apabila isu skandal pembinaan enam buah kapal Littoral Combat Ship (LCS) bernilai RM9 bilion terbongkar.

Datuk Seri Najib Razak cuba menunding jari terhadap kerajaan sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) sebagai punca kelewatan kapal tersebut tidak dapat disiapkan, tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak pula mahu mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal tersebut.

Najib tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan PH sebagai punca walhal kelulusan projek itu diberikan semasa era pentadbirannya.

Perkara yang perlu Najib jawab dan rakyat mahu tahu, mengapa kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) ketika itu tidak mahu mendengar nasihat dan permintaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

TLDM pada awalnya mahu reka bentuk kapal jenis Sigma digunakan tetapi dua bulan kemudiaan keputusan itu berubah kepada reka bentuk kapal jenis Gowind. Nampaknya Menteri Pertahanan ketika itu membelakangi nasihat dan permintaan TLDM selaku “end user” atau “pengguna akhir”.

Laporan PAC yang memetik kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, Panglima TLDM pada ketika itu, sebagai berkata keputusan tersebut adalah “something is gravely wrong” (sesuatu yang amat tidak kena).

PAC juga mendapati terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada kerajaan yang mana pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan bukan berdasarkan kemajuan sebenar.

“Ini adalah luar biasa dan menyebabkan bayaran kemajuan LCS 1 melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1 peratus (bayaran sebanyak 63.8 peratus berbanding kemajuan kerja sebenar sebanyak 42.7 peratus),” katanya.

Rakyat juga mahu tahu mengapa sebuah syarikat yang berdepan masalah kewangan berjaya mendapat projek tersebut sehingga kerajaan terpaksa membayar wang pendahuluan.

PAC mendedahkan kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk pembinaan lima kapal Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

Dua rumusan ini penting dan dipercayai menjadi asas mengapa kerajaan PH sebelum ini menghentikan sementara projek LCS bagi mengenalpasti masalah yang berlaku dalam pembinaan kapal tersebut.

Bagaimanapun, Najib dan dua pemimpin UMNO lain yang difahamkan bertanggungjawab meluluskan LCS cuba melepaskan diri daripada memikul tanggungjawab berhubung skandal kapal ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli juga sudah memberi amaran kepada Najib untuk bersiap-sedia dengan pendedahan yang bakal mengheretnya untuk menjawab pelbagai persoalan dalam skandal LCS ini.

Najib tidak boleh lagi lari dan memutarbelit fakta dengan retorik politiknya menyalahkan kerajaan PH sebelum ini.

Jika tidak mempunyai bukti kukuh, masakan Rafizi begitu berani mencabar Najib dan memberi amaran kepadanya.

Perkara paling mustahak yang rakyat ingin tahu siapa Menteri yang bertanggungjawab menukar reka bentuk kapal sehingga sanggup melanggar nasihat dan permintaan TLDM. Rakyat juga mahu tahu mengapa sebuah syarikat berdepan masalah kewangan dianugerahkan tender yang besar tersebut.

Najib lebih baik bersedia dengan pendedahan Rafizi, tidak guna menjadi Perdana Menteri Facebook dengan slogan “Malu apa Bossku” kerana sudah sampai masanya beliau belajar erti malu dan ada sedikit rasa kemaluan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
6 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok