Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?

August 8, 2022 · Isu semasa

Masalah berat badan berlebihan memang merunsingkan. Di Malaysia, bilangan pesakit obesiti dan diabetes dalam populasi semakin meningkat.

Lebih membimbangkan, dianggarkan 3.5 juta individu juga disahkan mengalami masalah obesiti dan hal ini berkait rapat dengan faktor pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Kegemukan sebenarnya mengundang pelbagai masalah dari segi luaran dan dalaman. Kegemukan bukan sahaja menyukarkan kita berjalan dan membuat aktiviti harian, malah yang paling penting memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan.

Ini yang kita perlu elakkan. Kegemukan berlebihan sebenarnya akan menjadi lebih parah jika tidak dikawal. Jika mendapatkan nasihat doktor, doktor akan memberikan beberapa pilihan kepada pesakit obes selepas membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.

Pun begitu, ramai yang mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik atau potong usus untuk kurus dengan cepat.

Di Malaysia, langkah membedah untuk membuang usus menjadi pilihan VIP atau orang kenamaan yang mempunyai wang dan jawatan bagi mendapat bentuk badan kurus dengan cepat atau segera tanpa melakukan sebarang aktiviti sukan atau diet secara normal.

Baik pakar tempatan mahupun luar negara, mereka sudah berkali-kali menegaskan bahawa bariatrik bukan pembedahan kosmetik ataupun kaedah sedut lemak untuk cantik dalam tempoh singkat.

Sebaliknya, bariatrik yang diperkenalkan oleh dua pakar pembedahan di Universiti Iowa, Amerika Syarikat sekitar tahun 1965 itu adalah prosedur untuk menangani obesiti.

Perkara sama turut diakui oleh Pakar Bedah Am, Bariatrik, Payudara dan Endokrin, Hospital Gleneagles Penang, Dr. Kirubakaran Malapan yang menjelaskan, pembedahan bariatrik antara kaedah selamat, cepat dan mudah untuk menurunkan berat badan.

Tambah Dr. Kirubakaran, obesiti adalah pengumpulan lemak yang tidak normal atau secara berlebihan dalam badan yang menimbulkan risiko kepada kesihatan.

“Obesiti adalah faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik termasuk diabetes, penyakit kardiovaskular dan kanser. Obesiti boleh menjejaskan kesihatan seseorang itu dan ada kalanya boleh membawa maut.

“Ia berlaku apabila anda mengambil kalori lebih daripada kalori yang anda bakar melalui aktiviti seharian. Punca obesiti paling lazim berkait dengan makan berlebih-lebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

“Walaupun berat badan seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran, tetapi bagi sesetengah orang, mereka tidak mampu mengawal makan dan mengubah gaya hidup,” terangnya.

Tambah Dr. Kirubakaran, ukuran paling lazim digunakan untuk obesiti adalah Indeks Jisim Tubuh (BMI) – satu indeks ringkas mengklasifikasikan berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan dewasa.

Dalam ujian BMI, berat badan seseorang itu (dalam kilogram) dibahagikan dengan kuasa dua tinggi mereka (dalam meter). Seseorang itu dianggap berlebihan berat badan apabila BMI mereka berada di antara 23-24.7 kg/ m2 dan obes apabila BMI lebih daripada 27.5 kg/m2.

“Antara rawatan lazim bagi obesiti adalah perubahan diet, aktiviti fizikal, perubatan dan pembedahan bariatrik. Pembedahan ini juga dikenali sebagai penurunan berat badan atau pembedahan metabolik.

“Ia adalah prosedur yang menyebabkan penurunan berat badan secara mekanikal. Pesakit yang memilih menjalani prosedur ini, makan lebih sedikit dalam sehari sehingga menyebabkan berat badan turun,” katanya.

Terdapat beberapa kaedah boleh digunakan pakar bedah untuk mencapai keputusan ini. Prosedur pembedahan yang paling biasa adalah pintasan gastrik, gastrektomi lengan, penjagaan gastrik boleh laras, pembungkusan gastrik serta penggunaan dan belon intragastrik.

“Walaupun pembedahan ini adalah prosedur utama yang mampu mengubah kehidupan, ia tidak sesuai untuk semua orang. Ia mempunyai risiko besar dan kesan sampingan. Ia berbeza mengikut jenis pembedahan. Risiko khusus berkaitan pembedahan penurunan berat badan laparoskopi gastrik ini adalah sama dengan mana-mana pembedahan abdomen dan boleh terbahagi kepada jangka masa pendek dan panjang,” ujarnya.

Menjelaskan lagi, Dr. Kirubakaran berkata, pesakit perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu bagi memastikan tiada masalah timbul selepas pembedahan.

“Selalunya, sebelum menjalani pembedahan pesakit perlu menjalani ujian kesihatan termasuk memeriksa paru-paru dan jantung menerusi ultra bunyi.

“Jika pesakit mengalami darah tinggi, diabetes dan penyakit lain, kita akan bantu menstabilkan dahulu keadaan dan jika perlu pesakit dikehendaki mengambil ubat dan diet khas seminggu sebelum pembedahan,” katanya.

Berita berkaitan
Hadi dibenar keluar hospital, berehat di rumah
July 2, 2023· Politik
Orang kuat PKR doakan kematian Hadi, Dr Mahathir: Laporan
July 1, 2023· Politik
Derma darah – Selamatkan insan yang memerlukan
June 28, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok