Siasatan kapal tak siap di peringkat akhir, kata SPRM

August 6, 2022 · Isu semasa

Susulan pendedahan skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM9 bilion, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan siasatan kini sudah di peringkat akhir dan individu bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata kertas siasatan sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pengumuman berhubung skandal kapal tersebut akan dibuat pada masa terdekat.

“Siasatan kini di peringkat akhir dan akan umumkan (hasil siasatan) bila sampai masanya, dalam tempoh terdekat.

“Ini kerana kita perlu berbincang dengan AGC dan sebagainya, baharulah kita boleh buat kenyataan (secara rasmi) kerana kenyataan berhubung kes ini adalah sensitif,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Azam bagaimanapun engggan mengulas lanjut mengenai keputusan AGC berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Azam berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung hasil siasatan kerana perlu menjaga sensitiviti hal berkaitan siasatan dan kerahsiaan kes ini.

“Hal ini bukan sahaja membabitkan SPRM, malah ia juga membabitkan AGC dan sebagainya, itu semua perlu diambil kira,” katanya.

Mengenai tuduhan SPRM tidak melakukan siasatan dan melambatkan siasatan kes itu, Azam menjelaskan, siasatan sudah pun dijalankan dan kini siasatan berada di peringkat akhir.

“Adakalanya saya tidak berada di posisi yang membolehkan saya memberitahu perkara yang semua orang perlu tahu,” katanya.

Terdahulu, pelbagai pihak mendesak SPRM supaya menyelesaikan segera siasatan berhubung kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur LCS susulan laporan PAC yang dibentangkan pada Khamis lalu.

Dalam laporan yang dibentangkan itu, PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan kapal berkenaan, antaranya kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima, setakat ini.

Memetik kenyataan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh, melalui prosiding dijalankan, projek LCS 1 disahkan siap tidak sampai 44 peratus dan upacara penamaan serta pelancarannya seperti dinyatakan saksi hanya memberi persepsi kepada umum bahawa kapal itu sudah siap.

Berita berkaitan
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
9 jam lalu· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok