Bekas Panglima sedia dedah punca kapal tak siap jika dapat kebenaran

August 6, 2022 · Isu semasa

Jika mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, bekas Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar sedia mendedahkan punca disebalik isu perolehan kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang sehingga hari ini gagal disiapkan.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata tidak boleh mengulas berhubung kontroversi kapal RM9.1 bilion tersebut kerana tidak dibenarkan pihak berwajib.

“Saya tidak mahu komen buat masa ini sehingga surat saya berkaitan isu berkenaan dibenar untuk didedahkan kepada umum.

“Tidak semua boleh membacanya kecuali orang yang dibenarkan oleh perkhidmatan,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan hasil dapatan melibatkan LCS kepada umum.

Laporan PAC juga mendedahkan, kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan.

Susulan itu, PAC turut mengemukakan tujuh syor penambahbaikan, yang antaranya menyarankan Kementerian Pertahanan melihat semula opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, meskipun sebuah kapal LCS pernah dilaporkan dilancarkan pada 2017 lalu, namun kapal tersebut sebenarnya dalam keadaan tidak siap.

Katanya, ini berdasarkan laporan PAC yang dilaporkan semalam apabila kemajuan kerja kapal tersebut yang sebenar hanyalah kira-kira 44 peratus.

“Jadi persoalan dibangkitkan daripada PAC ketika prosiding adalah bagaimana sebuah kapal LCS itu boleh dilancarkan apabila ia masih belum siap.

“Jawapan daripada Kementerian Pertahanan dan kontraktor adalah mereka katakan pelancaran dan penamaan itu tidak bermaksud kapal itu sudah siap. Tetapi, katanya pelancaran itu bertujuan memastikan keseimbangan (kapal di atas air) dan itu merupakan sebahagian praktis industri.

“Tetapi PAC tidak setuju kerana gambaran pada masa itu kena kapal yang siap, jadi mana boleh lancar satu kapal tidak siap.

“Kapal itu kalau google memang nampak cantik, tetapi selepas pelancaran ia dihantar balik ke kilang atau limbungan mereka untuk teruskan pembinaan,” katanya.

Semalam, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa sekurang-kurangnya RM890 juta duit rakyat hangus daripada projek kapal Kementerian Pertahanan yang gagal disiapkan mengikut tempoh ditetapkan itu dan bakal membuat siri pendedahan melibatkan tiga pemimpin utama UMNO.

Rafizi menamakan tiga pemimpin UMNO dalam skandal kapal RM9 bilion itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga Menteri Pertahanan sekarang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok