KDN arah siasatan dijalankan berhubung isu pegawai ditengking di KLIA

August 4, 2022 · Isu semasa

Jabatan Imigresen telah diarah menyiasat dakwaan pegawainya ditengking dan diherdik oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata beliau telah memanggil Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan memintanya menjalankan siasatan berhubung perkara itu supaya mendapat maklumat lebih jelas tentang kejadian yang sebenar, menurut laporan Bernama.

“Walaupun benda telah tular tapi kita kena dapatkan berita yang jelas, saya tidak mahu ia dijadikan sesuatu yang mungkin boleh merosakkan imej sesiapa.

“Punca saya tidak tahu, tapi berita (insiden pegawai imigresen ditengking) telah sampai pada saya. Oleh itu, saya minta dia siasat dengan lebih mendalam supaya dapat berita lebih jelas apa yang berlaku,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kementerian Dalam Negeri.

Beliau meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Kita tidak boleh lari daripada isu macam ini kerana video semua telah ada. Kalau betul ia berlaku, saya akan jelaskan nanti,” katanya.

Terdahulu, dalam insiden pada 8.40 hingga 9.40 pagi tadi, seorang pegawai yang bertugas sebagai Ketua Operasi Imigresen di KLIA dimarahi di khalayak ramai kerana tiada pegawai Imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP sewaktu ketibaan pegawai tinggi kerajaan itu di bilik berkenaan.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Bekal air ketum dalam lokap, empat anggota polis berdepan siasatan
November 5, 2023· Isu semasa
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok