Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka

August 2, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM50.2 bilion dianggarkan bagi kos pembinaan keseluruhan projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) yang dijalankan secara tender terbuka, kata Kementerian Kewangan.

Projek MRT3 tersebut sebelum ini ditangguhkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bagi membolehkan kajian semula dijalankan dan tender hanya mula dibuka semasa pentadbiran Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu RM8.4 bilion daripadanya membabitkan kos pengambilan tanah, manakala RM5.6 bilion lagi adalah untuk pengurusan projek.

Kos pembinaan pula, katanya, menelan belanja RM34.3 bilion.

“Namun kos sebenar akan dimuktamadkan selepas proses tender terbuka selesai,” kata Tengku Zafrul.

Senator itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil yang meminta pecahan kos MRT3.

Fahmi yang juga ketua penerangan PKR turut bertanya sama ada kebenaran parlimen akan diminta atau sebaliknya untuk projek itu.

Soalan kedua tidak dijawab Tengku Zafrul.

Pada harga RM50.2 bilion untuk laluan sepanjang 51km, MRT3 dijangka menjadi projek rel paling mahal dalam sejarah Malaysia setakat ini jika diukur berdasarkan perbelanjaan bagi setiap kilometer.

Sebagai perbandingan, Laluan Rel Pantai Timur sepanjang 665km dianggarkan menelan belanja RM50 bilion, manakala projek MRT1 sepanjang 47km menelan belanja sekitar RM22 bilion.

MRT3 direka semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri tetapi tender hanya dibuat selepas Ismail Sabri dilantik sebagai PM baharu. Penyerahan tender dijangka dibuat pada Ogos ini.

MRT3 mempunyai laluan bulatan yang bertujuan untuk “melengkapkan” rangkaian rel bandar Kuala Lumpur dengan menghubungkan laluan MRT, LRT, KTM dan monorel sedia ada.

Satu perlima daripada barisan akan berada di bawah tanah dan projek itu dijangka siap pada 2030.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak
June 27, 2021
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok