UMNO sedia ikut ketetapan RoS berhubung pindaan parti

July 30, 2022 · Isu semasa

UMNO bersedia untuk mengikut ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) berhubung pindaan Perlembagaan parti itu yang diluluskan RoS semalam.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata satu masyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan diadakan pada 4 Ogos ini bagi membincangkan ketetapan yang dibuat RoS selain mengesahkan tarikh berhubung mesyuarat parti berkenaan, lapor Bernama.

Katanya hanya sedikit pindaan dibuat RoS iaitu pemilihan parti diadakan dalam tempoh pilihan 18 bulan kepada dalam tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan.

“Banyak perkara yang dikekalkan dalam pindaan yang diluluskan tersebut, selaras dengan hasrat UMNO. Ditetapkan satu pemilihan bagi satu penggal… Lagi yang dikekalkan ialah pemilihan dibuat selepas PRU bagi cawangan, bahagian, pemuda dan puteri.

“Perkara yang dikekalkan lagi ialah pemilihan ini dibuat tiga tahun sekali. Namun MT boleh tangguhkan tidak lebih enam bulan selepas PRU dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Terbaik di seluruh Malaysia di Sekolah Menengah Arab An-Nur di Benut di sini, hari ini.

Semalam, Ahmad dilaporkan berkata RoS meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO agar pemilihan parti tidak lebih dari enam bulan selepas PRU dan keputusan RoS itu diterimanya petang semalam menerusi sepucuk surat.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata pada mesyuarat MT 4 Ogos juga akan ditetapkan semula tarikh pemilihan bagi 22,000 cawangan yang sebelum ini ditetapkan pada bulan September.

“Ia (mesyuarat MT) juga akan menyentuh mengenai masyuarat bahagian dan masyuarat Agong UMNO yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada bulan November dan Disember depan. Kami akan tetapkan semula tarikh tersebut dan menetapkan tiada pemilihan cawangan, bahagian dan MT, ini bermaksud pemilihan dibuat selepas PRU.

“Tidak perlu pemilihan dalam parti dalam waktu terdekat, jadi kami boleh lebih fokus kepada PRU. Jawatan sedia ada akan kekal sehingga PRU, ia boleh menstabilkan lagi kedudukan parti dalam menghadapi PRU,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
11 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
11 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok