Kaunter bayar saman PDRM ‘diserbu’ orang ramai

July 30, 2022 · Isu semasa

Seperti kebiasaannya, kaunter bayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun 50 peratus sentiasa menjadi tumpuan orang ramai.

Hari ini, pada program Road March 2022 sempena memperingati Sambutan Hari Polis ke-215 di Dataran Merdeka di ibu kota, orang ramai mula berbaris seawal jam 7 pagi walaupun kaunter hanya mula dibuka pukul 9 pagi, lapor Bernama.

Abu Kassim Karim, 40-an berkata beliau memilih untuk membayar saman di situ kerana banyak penjimatan walaupun perlu beratur panjang dan lama.

“Saya beratur seawal 7 pagi, tapi tidak mengapa sebab banyak yang saya boleh jimat terutama dalam keadaan ekonomi seperti sekarang. Ia berbaloi,” katanya ketika ditemu Bernama di sini hari ini.

Seorang pelajar, Asyraf Mustafa, 18, pula berkata diskaun yang diberikan sememangnya dapat meringankan beban semua pihak dan dia amat berterima kasih dengan pengurangan itu.

“Pemberian diskaun ini sebenarnya telah memberi ruang kepada pengguna jalan raya menyelesaikan saman masing-masing yang mungkin telah lama tertunggak,” katanya.

PDRM dalam hantaran menerusi Facebook dan ciapan Twitter rasminya memaklumkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi kesalahan trafik terpilih akan diberikan kepada orang awam yang hadir membuat pembayaran di sambutan berkenaan.

Bagaimanapun, ia terkecuali bagi kesalahan membabitkan kemalangan, saman berstatus waran tangkap, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

Selain itu, ia turut tidak melibatkan kesalahan dalam kategori tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok