KKM agih lagi tiga jenis ubat kurang bekalan di pasaran

July 26, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengagihkan tiga lagi jenis ubat-ubatan dalam stok penimbal kepada pihak perubatan swasta selepas mengagihkan Paracetamol sebelum ini bagi menampung kekurangan bekalan ubat-ubatan di pasaran.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata tiga jenis ubat-ubatan itu ialah Promethazine untuk rawatan selesema dan Sabutamol serta Theophylline untuk merawat asma, lapor Bernama.

“Tiga jenis ubat ini kami sedang menerima pesanan dari klinik dan hospital swasta, dan kami akan lepaskan dengan kos harga yang kami beli bagi memastikan harganya berpatutan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majlis (Warisan-Kota Belud) yang meminta Kementerian Kesihatan menyatakan perancangan kerajaan bagi mewujudkan Dasar Sekuriti Ubat-ubatan Negara dan sejauh manakah langkah kerajaan mewujudkan stok penimbal ubat-ubatan dapat mengawal ketidakstabilan bekalan.

Khairy berkata setakat 22 Julai Kementerian Kesihatan melepaskan stok penimbal Paracetamol kepada 220 hospital dan klinik swasta.

Katanya penjualan bagi Paracetamol meningkat sehingga 238 peratus bagi suku pertama tahun ini berbanding data jualan suku pertama tahun sebelumnya susulan peningkatan permintaan mendadak ubat-ubatan untuk rawatan penyakit seperti demam, selesema dan batuk.

“Permintaan yang tinggi ini menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan bagi beberapa jenis ubat-ubatan walaupun pengeluaran ubat-ubatan itu ditingkatkan oleh pengilang tempatan selain meningkatkan jumlah ubat-ubatan yang diimport dari luar negara,” katanya.

Khairy berkata keadaan itu dijangka pulih menjelang suku keempat tahun ini dan menyatakan antara punca kekurangan bekalan ubat di pasaran adalah kerana gangguan bekalan berikutan polisi sekatan pergerakan penuh China memandangkan bahan aktif farmaseutikal (API) banyak dihasilkan di negara itu.

Selain itu krisis di Rusia dan Ukraine juga menjadi penyumbang masalah itu.

Bagi langkah jangka panjang, Khairy berkata kementerian antara lain sedang memperhalusi kerangka bagi mewujudkan kerjasama strategik bersama negara pengeluar API utama dunia bagi menjamin bekalan API untuk kegunaan negara termasuk semasa krisis.

“Peranan advokasi Kementerian Kesihatan berkaitan paten produk farmaseutikal akan diperkukuhkan melalui kerjasama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk mengelakkan patent evergreening.

“Ini akan memastikan akses lebih awal kepada ubat-ubatan generik yang mampu milik dan melindungi hak pemegang paten,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Popular
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Ketua Pengarah KPPA sah ditamatkan khidmat, kata Zuki
December 13, 2022
47 kematian, kes aktif naik semula
November 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
18 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok