Negara mana turunkan inflasi selepas potong gaji menteri? soal Annuar

July 25, 2022 · Isu semasa

Pihak yang mencadangkan supaya gaji menteri dipotong diminta supaya memberikan contoh negara yang berjaya menurunkan inflasi selepas langkah itu diambil, kata Tan Sri Annuar Musa.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu membalas kritikan susulan cadangan mendesak supaya kerajaan menimbang untuk memotong gaji menteri Kabinet dengan menyifatkan jumlah penjimatannya tidak memadai untuk mengubah keadaan.

“Bolehkah anda namakan satu negara yang berjaya turunkan inflasi dengan (menteri) potong gaji?” soal Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia semasa sidang media hari ini.

Annuar terdahulu ditanya pemberita berhubung cadangan agar gaji menteri dipotong adalah sesuatu yang bagus bagi mendepani inflasi di Malaysia.

“Kedua, katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri dalam kabinet), berapa yang anda dapat?

“Bolehkah anda beri jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini)? Harga barang tak (akan) naik?

“Tolonglah, jangan main politik,” kata Annuar.

Annuar dan beberapa lagi anggota pasukan khas mengadakan sidang media untuk memberi kemas kini susulan mesyuarat mereka hari ini, termasuk perkembagan siasatan kes penyeludupan minyak masak subsidi ke negara jiran.

Sebelum ini, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz mencadangkan gaji menteri dipotong sebagai tanda empati terhadap negara ketika rakyat bergelut keadaan ekonomi semasa.

Himpunan Turun yang diadakan Sabtu lalu bagi membangkitkan isu kenaikan harga barang juga menyuarakan gesaan yang sama.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok