Zakat dalam talian dijangka RM30 juta: Maybank

April 29, 2021 · Isu semasa

Sebanyak RM30 juta zakat dalam talian dijangka akan berjaya dikutip pada Ramadan ini, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).

Maybank berkata jumlah tersebut melibatkan sasaran kira-kira 200,000 transaksi melalui aplikasi MAE dan laman sesawang Maybank2u yang sudah ditingkatkan ciri-ciri zakat dalam talian baru-baru ini.

“Pelanggan Maybank boleh membuat pembayaran zakat kepada semua pusat zakat negeri di Malaysia.

“Buat masa ini 11 pusat zakat boleh menerima pembayaran dalam talian untuk zakat fitrah, iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan,” katanya satu kenyataan hari ini.

Ketua Perkhidmatan Kewangan Komuniti, Maybank Malaysia, Datuk Hamirullah Boorhan berkata menerusi pembayaran zakat secara dalam talian, pelanggan dapat menunaikan kewajiban agama membayar zakat fitrah dengan mudah dan selamat, terutama dalam persekitaran semasa dengan Perintah Kawalan Pergerakan masih dikuatkuasakan di beberapa tempat di dalam negara.

Beliau berkata susulan peningkatan dengan ciri baharu, nilai zakat fitrah yang perlu dijelaskan telah dikira secara automatik apabila pelanggan memilih pusat zakat, jenis beras yang dimakan serta jumlah ahli keluarga.

“Pelanggan tidak perlu mencari harga beras yang dikenakan setiap pusat zakat negeri kerana ia telah tersedia melalui aplikasi ini.

“Mereka juga tidak perlu mengisi butir-butir peribadi kerana proses ini telah dibuat secara automatik. Akad zakat juga turut dipaparkan pada halaman pengesahan pembayaran, menjadikan sistem zakat dalam talian kami yang paling lengkap di negara ini pada masa ini,” katanya.

Selain bayaran zakat dalam talian, Maybank juga menawarkan perkhidmatan eDuit Raya melalui aplikasi MAE untuk membolehkan pelanggan meneruskan tradisi pemberian duit raya dan sentiasa selamat.

Hamirullah berkata pihaknya menjangkakan transaksi eDuit Raya tahun ini meningkat 30 peratus dan mengunjurkan 1.5 juta transaksi eDuit Raya bernilai sehingga RM115 juta dihantar oleh pelanggan Maybank.

“Susulan penambahan ucapan e-Raya yang menarik dan permainan MAE-ga Raya, kami berharap dapat memberi kegembiraan kepada keluarga yang menyambut secara berjauhan dan memeriahkan lagi perayaan mereka,” katanya.

Layari www.maybank2u.com.my/mae. untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi dalam talian bayaran zakat, eDuit Raya serta kempen MAE-ga Boleh Raya.

Berita berkaitan
Ringgit boleh menyusut ke paras RM3.70 berbanding dolar hujung 2024
July 24, 2023· Isu semasa
Berpuasa tetapi berat badan bertambah? Di mana silapnya?
April 21, 2023· Isu semasa
Ayam cukup bekalan sehingga Aidilfitri, kata Menteri
March 26, 2023· Isu semasa
Pelajar 14 tahun untung berniaga, bayar zakat RM10,000 kepada MAIK
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok