Ringgit boleh menyusut ke paras RM3.70 berbanding dolar hujung 2024

July 24, 2023 · Isu semasa

Firma penyelidik perbankan meramal nilai ringgit boleh menyusut ke paras RM3.70 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun depan.

Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias berkata jangkaan tersebut dibuat berdasarkan data pertumbuhan China yang kukuh dan ekonomi AS yang bertahan.

Perkembangan di dua kuasa besar ekonomi dunia itu akan menyokong pertumbuhan Malaysia yang turut akan menjadi kukuh, sekali gus menyokong mata wang tempatan.

“Kadar inflasi juga mereda dan kekal pada tahap yang boleh diurus. Bank Negara Malaysia (BNM) turut berkemungkinan tidak akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana bank pusat itu melihat bahawa kadar faedah berada pada paras normal, namun perbezaan kadar faedah dengan AS sepatutnya melebar apabila Rizab Persekutuan (Fed) mengurangkan kadar.

“Dalam senario ini, nilai AS berbanding ringgit sepatutnya mencecah RM4.30 menjelang akhir tahun ini dan menghampiri paras RM3.70 menjelang akhir 2024,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ni.

Bagaimanapun, dalam senario terburuk, Suhaimi berkata, ringgit mungkin mencecah sekitar RM4.70 berbanding dolar AS pada akhir 2023 dan menghampiri paras RM5.00 menjelang akhir 2024.

“Ini berlaku jika inflasi Malaysia meningkat sebagaimana yang dihadapi di AS yang ekonominya juga mencatat kemelesetan.

“BNM mungkin menaikkan kadar untuk menangani inflasi yang tinggi tetapi kadarnya mungkin masih ketinggalan berbanding AS, di tengah-tengah kebimbangan keadaan ekonomi tempatan,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan, dalam kes asas ringgit mungkin berakhir pada paras sekitar RM4.57 menjelang akhir tahun dan kira-kira RM4.20 pada 2024.

“Dalam keadaan ini, Malaysia masih akan mencatatkan pertumbuhan positif di tengah-tengah pemulihan di China dan inflasi juga berkurangan.

“BNM mungkin tidak menaikkan kadar faedah dengan bank pusat melihat pada tahap normal sekali lagi tetapi berdasarkan pengurangan kadar faedah dari Fed serta perbezaan kadar mungkin meningkatkan manfaat ringgit,” katanya.

Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar AS pada sesi awal hari ini selepas minat risiko dalam pasaran tempatan terjejas disebabkan pengukuhan ketara mata wang negara maju itu menjelang Mesyuarat Jawatankuasa Terbuka Persekutuan AS (FOMC).

Bulan lalu, OCBC Bank dalam laporan tinjauan ekonomi separuh kedua 2023 berkata, prestasi lemah ringgit berbanding negara serantau adalah disebabkan oleh enam faktor yang memberi tekanan kepada mata wang tempatan itu.

Bank itu berkata, faktor luaran adalah termasuk penurunan renminbi ekoran kelemahan ekonomi China, kekuatan dolar AS, kadar pulangan hasil perbendaharaan AS yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia serta kelemahan umum dalam harga minyak.

Faktor domestik pula termasuk lebihan akaun semasa yang semakin berkurangan dan langkah berhati-hati BNM mengetatkan dasar monetari selepas penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) utama.

Terdahulu, penganalisis menjelaskan bahawa nilai wajar bagi ringgit diunjurkan berada pada paras antara RM4.10 hingga RM4.37 berbanding dolar AS.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok