MoU 2.0 buka peluang kerajaan lakukan transformasi meluas

July 6, 2022 · Politik

Seorang Ahli Parlimen DAP berpendapat kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) perlu menandatangani memorandum persefahaman 2.0 (MoU 2.0) yang dapat menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sehingga Julai 2023.

Ahli Parlimen Bangi dr Ong Kian Ming juga berpendapat MoU 2.0 itu akan dapat memberi ruang yang lebih luas kepada usaha reformasi dan transformasi politik.

“Memperkenalkan “MoU 2.0” untuk menangguhkan PRU-15 hingga Julai tahun depan akan membolehkan kerajaan memperkenalkan lebih banyak pembaharuan progresif seperti yang dicadangkan oleh kumpulan reformasi pilihan raya Bersih.

“Jika MoU 2.0 dicadangkan, persefahaman di pihak parti pembangkang dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan jadi bermakna jika PRU-15 dapat ditangguhkan kepada Julai 2023.

“Ini bermakna kita mempunyai satu tahun dari berakhirnya MoU pertama sehingga kemungkinan pembubaran Parlimen untuk mengemukakan agenda yang lebih progresif,” kata Ong pada persidangan anjuran Bersih.

Penggal Parlimen akan tamat pada 16 Julai 2023 dan PRU-15 perlu diadakan menjelang pertengahan September 2023.

Beberapa pembaharuan yang dicadangkan Bersih termasuk menetapkan penggal Parlimen serta mekanisme undi percaya, atau tidak percaya, untuk membuktikan perdana menteri mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Memetik FMT Ong berkata, ahli Parlimen daripada kedua-dua pihak akan menerima tempoh penggal Parlimen yang tetap kerana ia akan memberi kepastian kepada mereka untuk kekal memegang jawatan sepanjang tempoh tersebut.

Ismail Sabri dan pemimpin PH menandatangani MoU pertama pada September 2021, bersetuju untuk bekerjasama memulihkan kestabilan politik sementara kerajaan menguruskan wabak Covid-19 dan membantu meningkatkan pemulihan ekonomi.

Walaupun MoU itu tidak ada tarikh luput, ia menyatakan bahawa kerajaan dan PH telah bersetuju untuk tidak mengadakan PRU-15 sebelum 31 Julai ini.

Pada Mac, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook telah mencadangkan MoU itu dilanjutkan dengan syarat bahawa Ismail Sabri boleh memenuhi semua perkara dalam perjanjian itu.

Bagaimanapun, cadangannya ditolak, dengan UMNO mengesahkan pendiriannya bahawa MoU itu tidak boleh dilanjutkan selepas Julai.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan tidak perlu dilanjutkan lagi MoU itu.

Katanya, bagi menghormati MoU yang ditandatangani antara kedua-dua pihak sebelum ini, ia seharusnya cukup setakat tarikh yang dipersetujui sahaja.

“Perhimpunan Agung UMNO telah membuat ketetapan bahawa pilihan raya hendaklah diadakan mengikut MoU yang telah ditandatangani antara kerajaan dengan pembangkang iaitu jeda waktu yang ditentukan pada akhir Julai dan tarikh-tarikh selepasnya.

“Maka bagi menghormati MoU itu kita tidak mahu adanya MoU 2.0. Ia cukup setakat itu sahaja.

“Manakala di dalam ucapan penangguhan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden nombor satu telah memutuskan bahawa pilihan raya umum diadakan setelah Tuanku Agong dinasihati oleh Perdana Menteri,” kata Zahid.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Tommy Thomas tak didesak pun letak jawatan selepas gugur pendakwaan
October 4, 2021
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023
Tolak pengampunan Najib, Shahrir tegur adik celupar
May 2, 2023
Kontroversi konsert adegan tak senonoh, Timbalan Menteri pertahan Fahmi tak perlu letak jawatan
July 23, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok