Tommy Thomas tak didesak pun letak jawatan selepas gugur pendakwaan

October 4, 2021 · Politik

Bekas Peguam Negara semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak didesak letak jawatan walaupun menggugurkan kes pendakwaan terhadap pemimpin mereka, kata Ahli Parlimen (MP) Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Azeez membidas blok pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah kononnya berpihak kepada pemimpin UMNO dalam keputusan dibuat institusi terbabit, baru-baru ini.

“Semasa PH memerintah, pada waktu itu Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) (PH-AMANAH) (menjadi Timbalan Menteri (Undang-Undang), mengapa ia (15 kes digugurkan) berlaku, kenapa ada berat sebelah pada hari ini.

“Kita tahu kes rasuah, antaranya membabitkan Bagan (Lim Guna Eng), (Naib Presiden PKR), Rafizi (Ramli) dan banyak lagi yang dilepaskan (mahkamah), namun kami ketika itu sebagai pembangkang menghormati keputusan Peguam Negara dan mahkamah sebab kita ada undang-undang, kita mesti patuh.

“Kenapa hari ini pembangkang memanipulasi atas segala keputusan dibuat, malah meminta Peguam Negara meletak jawatan. Pada zaman mereka, bila (kes) ditarik, kami tidak pula suruh letak jawatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Jelasnya, semasa PH menjadi kerajaan terdapat 15 kes mahkamah digugurkan, antaranya membabitkan pemimpin mereka semasa pentadbiran pakatan itu.

“Ahli UMNO dikenakan pembunuhan karakter dan ‘didoktrin’ yang kami ini adalah kluster mahkamah, sedangkan apabila 15 kes digugurkan, tidak pula kami katakan mereka kluster mahkamah,” katanya lagi.

Beberapa kes melibatkan pemimpin UMNO terlepas di mahkamah, antaranya membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan terbaharu MP Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok