Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’

March 8, 2023 · Politik

Selepas tular surat dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut mempersoalkan berhubung isu usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertanding semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Bekas Naib Presiden digantung keahlian parti itu mengkritik langkah UMNO kerana mengheret Menteri Dalam Negeri berhubung isu usul tambahan tersebut, ia selepas surat tular yang didakwa dihantar kepada UMNO sebelum ini tidak mengesahkan keputusan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi pada pemilihan.

“Apa dah jadi dengan UMNO? Sekarang diheret pula Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri).

“Inilah sebab kita dipecat dan digantung, ‘just in case’ menteri tak bagi pengecualian,” katanya di ruangan komen ciapan Twitter oleh bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy juga semalam mengecam pemimpin UMNO susulan ‘pengecualian’ yang diberikan kerajaan terhadap parti itu berhubung pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

“Hak anda untuk memilih presiden dan timbalan presiden telah dirompak oleh usul tak sah ini yang difailkan oleh perwakilan daripada bahagian (timbalan presiden) Mohamad Hasan.

“Dah lah malu buat usul untuk melindungi ketua sendiri, siap boleh langgar perlembagaan parti sendiri,” kata Khairy, dalam klip video dimuat naik di TikTok.

Terdahulu, surat dengan kepala surat RoS itu didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2 Mac lalu.

Surat awal RoS dihantar kepada UMNO yang sememangnya memutuskan bahawa keputusan dibuat semasa Perhimpunan Agung 2022 lalu untuk tidak mempertandingkan pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden adalah tidak sah.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam dilaporkan berkata KDN memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan itu.

Saifuddin berkata pihaknya telah merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO mengenai usul tambahan itu dan memberi pengecualian berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
15 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
22 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
22 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok