Tolak pengampunan Najib, Shahrir tegur adik celupar

May 2, 2023 · Politik

Selepas dikecam hebat, Tan Sri Shahrir Samad berkata sudah menegur adiknya, Khalid Samad kerana celupar dalam mengeluarkan kenyataan berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Veteran UMNO itu berkata disebabkan keceluparan adiknya yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah itu menimbulkan perbalahan sesama parti dalam kerajaan campuran.

“Jadi kelam kabut bila pegawai parti tak memahami apa maksud dan tujuan partinya menyertai Kerajaan Perpaduan Madani. Kesudahannya orang yang lebih tinggi (jawatan dalam parti) kena mohon maaf kerana mulut orang bawah yang celupar.

“Bukan ramai sangat pun, buat sahajalah ‘chat group’ (kumpulan sembang) untuk bincang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Khalid dalam kenyataannya, merayu agar Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.

Ia mengakibatkan beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar pemimpin Amanah itu.

Pemimpin UMNO Kelantan pula menggesa supaya kerjasama politik antara UMNO dan Amanah di negeri berkenaan diputuskan jika Khalid enggan memohon maaf.

Dalam hantaran berasingan, Shahrir berkata, kenyataan dikeluarkan adiknya berkait isu pengampunan bekas Perdana Menteri bukan perkara memeranjatkan.

“Siapa yang di belakang Amanah tu pun, semua tahu. Sehingga Lembaga Tabung Haji (TH) sanggup dikurangkan pengaruh dan impaknya sebagai pemangkin kepada ekonomi Islam,” katanya.

Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu, menolak permohonannya untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
4 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
6 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
June 2, 2023
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
3 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
4 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
6 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
23 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok