[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM

November 3, 2022 · Politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan untuk meneliti surat akujanji yang dikatakan menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, yang mengesahkan perkara itu, berkata agensi berkenaan telah menerima laporan mengenai perkara itu.

“Kami telah menerima aduan mengenai surat tersebut dan dakwaan itu.

“SPRM akan membuka kertas siasatan supaya perkara itu dapat diteliti,” kata Azam menurut laporan The Star hari ini (3 November 2022).

Beliau berkata siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa.

Menjawab soalan, Azam tidak menolak kemungkinan memanggil individu tertentu untuk direkodkan kenyataan mereka.

“Biar pegawai saya yang tentukan siapa yang perlu dihubungi. Mereka akan berbuat demikian selepas melihat dokumen yang telah diserahkan kepada mereka,” katanya.

Semalam, tular surat Akujanji yang ditandatangani calon-calon UMNO yang akan bertanding pada PRU-15 kali ini.

Surat yang tular dalam media sosial itu ditandatangani calon UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, ia antara lain menghendaki semua calon UMNO yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) supaya setia dan patuh kepada arahan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN.

Kandungan utama surat tersebut meminta semua calon UMNO dan BN menyokong Zahid sebagai calon Perdana Menteri sekiranya BN memenangi PRU-15 pada 19 November nanti.

Dalam surat tersebut semua calon juga perlu bersetuju supaya kes mahkamah yang sedang dihadapi pemimpin UMNO digugurkan dan siasatan dihentikan dengan serta-merta.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar dalam satu kenyataan Facebook tampil membuat penafian berhubung surat tersebut.

“Disahkan bahawa Akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Shamsul Annuar, Datuk Azizan Md Zain hari ini turut membuat laporan polis berhubung surat berkenaan.

Menyifatkan dakwaan sokongan terhadap Zahid menjadi Perdana Menteri seperti disebut dalam surat itu, Azizan berkata ia hanya rekaan semata-mata.

Beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini, sambil mengatakan kononnya perjanjian itu adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat.

“Saya berjumpa Shamsul Annuar di pejabat kami di Menara Dato Onn dan bertanyakan mengenai kesahihan perjanjian itu.

“Dia memberitahu saya bahawa dia tidak menandatangani perjanjian sedemikian dan ia adalah palsu dan berniat jahat,” katanya menurut The Star.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Itu bukan pandangan DAP, kata Anwar ulas kenyataan kontroversi Ramasamy
February 11, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok