Operasi besar-besaran tangkap PATI akan bermula: Menteri KDN

June 30, 2022 · Isu semasa

Majikan yang terus mengambil buruh asing tanpa permit yang sewajarnya akan ditahan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini.

Beliau menambah bahawa amaran yang mencukupi telah diberikan di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja dan Buruh dan kini tindakan akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

“KDN dan agensi lain akan menjalankan operasi besar-besaran bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai pasport yang sah dari negara asal dan mempunyai dokumentasi yang sah untuk bekerja di sini.

“Jika anda ditangkap dan dipenjarakan, jangan marah dan salahkan Jabatan Imigresen atau kementerian saya kerana kami telah memaklumkan perkara ini kepada semua orang dan kami mempunyai kuasa di bawah Akta Imigresen,” kata Hamzah pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Pendatang dengan pas lawatan kerja sementara yang telah tamat tempoh dibenarkan menyertai program penentukuran semula buruh kerajaan, tetapi mereka yang tidak mempunyai pas sepatutnya meninggalkan negara ini sebelum tengah malam hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Hamzah berkata lebih 200,000 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang di bawah program penentukuran semula.

Selasa lalu, Hamzah ketika mengulas isu dibangkitkan pertubuhan bukan kerajaan Indonesia mengenai kem tahanan di Sabah berkata tidak timbul isu layanan tidak berperikemanusiaan terhadap tahanan warga Indonesia di Depoh Tahanan Imigresen.

Beliau menjelaskan isu sebenarnya adalah warga Indonesia itu ditahan atas kesalahan yang dilakukan.

Apabila seseorang yang melakukan kesalahan, dia mesti melalui proses undang-undang yang terpaksa kita gunakannya dan mengikut kaedah yang betul, katanya.

“Jadi kalau kita sudah tangkap orang melakukan kesalahan letak dalam depoh kemudian dia mati, kita nak salahkan pada siapa? Sebab orang mati sekarang ini kadang-kadang tengah berjalan dia mati, tidak payah masuk depoh pun mati.

“Jadi tidak timbul isu itu, isunya dia ditahan atas kesalahan yang dilakukannya,” katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Pindaan Perlembagaan atau pada akta lain dalam isu kewarganegaraan: Saifuddin Nasution
November 1, 2023· Isu semasa
Larangan bertakbir semasa himpunan Palestin itu budi bicara penganjur: Saifuddin Nasution
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok