Kes penderhaka hina Raja: Ahli Parlimen dipanggil polis

April 29, 2021 · Isu semasa

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung kehadirannya di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi menunjukkan solidariti kepada seorang penderhaka.

“Polis Dang Wangi telah menghubungi Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk dirakamkan percakapan kerana hadir di balai polis itu pada hari artis grafik dibebaskan daripada reman,” kata kenyataan yang dimuat naik dalam laman Twitternya malam tadi.

Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR dikatakan akan hadir memberi keterangan itu pada Sabtu.

Sementara itu, memetik laporan FMT, Fahmi dilaporkan berkata:

“Ia ada kaitan dengan saya berada di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari Fahmi Reza dibebaskan daripada tahanan reman.”

Jumaat lalu, penderhaka, Fahmi Reza ditahan polis susulan satu laporan berhubung catatan kontroversinya di media sosial yang didakwa menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bagaimanapun, sekumpulan penyokongnya termasuk daripada PKR dan DAP menyifatkan satira yang dianggap seni bukan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai jenayah.

Sementara Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) pula berpendapat perbuatan menghina institusi beraja sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan, siaran media dan isyarat adalah sifat melampau yang mesti dibendung sepenuhnya.

Sambil mengecam perbuatan menghina Raja Permaisuri Agong baru-baru ini, Ketua DUPP, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh turut menempelak pihak yang mempertahankan penghinaan itu atas nama kebebasan bersuara.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok